Pengkhianatan dalam percintaan adalah pilihan, bukan satu kesilapan. Walaupun orang kata memaafkan boleh membuatkan hati lebih tenang, namun peritnya hati dan emosi untuk memadamkan kenangan pahit bukanlah mudah. Hakikatnya sesiapa saja sahaja selingkuh, tetapi hanya mereka yang menghargai akan tetap setia.
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI
Walaupun kesetiaannya dibalas dengan pengkhianatan, tetapi si isteri pasrah dengan pilihan yang dibuat pasangannya itu. Malah melalui satu hantaran Facebook, Nissa S berharap suaminya kekal bahagia bersama wanita perampas terbabit. Bagaimanapun, dia turut mengingatkan mereka siap-siap agar tidak menyesal di kemudian hari.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Biarpun dikurniakan sepasang anak yang comel sepanjang 8 tahun berumah tangga, namun Nissa S ikhlaskan hubungan bekas suaminya bersama pilihan hati yang baru. Walaupun begitu, dia percaya hasil daripada setiap tindakan itu pasti akan ada akibat atau balasan yang setimpal.
Sumber: T1kt0k