Sekumpulan sembilan kanak-kanak sedondon berbaju merah yang didakwa mencuri sewaktu datang beraya seperti tular di media sosial pada Ahad telah tampil membuat permohonan maaf kepada mangsa.
Mangsa, Norfatin Mat Tahia menerusi siaran langsung di Facebook pada Isnin memberitahu, kanak-kanak berkenaan bersama ibunya telah datang semula ke rumahnya di Bukit Changgang di sini pada Isnin sejurus kisah mereka tular.
Menurutnya, mereka memohon entri berhubung kejadian tersebut dipadamkan dan kes tersebut diselesaikan secara baik.
“Benda ini sudah selesai dan tidak mahu diperbesarkan kerana ada antara mereka mahu duduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).
“Sesi siaran langsung ini tidak bertujuan apa-apa, cuma nak betulkan keadaan, nak beritahu mereka dah datang minta maaf.
“Lepas tular semalam mereka tak boleh keluar rumah dan pemilik rumah arahkan mereka keluar dari rumah sewa,” katanya pada sesi siaran langsung di Facebooknya pada Isnin.
VIDEO:
Video LIVE dari FB Norfatin Mat Tahi
Pada Ahad, Norfatin berkongsi kisah rumahnya didatangi sembilan kanak-kanak yang didakwa sempat menyelongkar beg tangan di rumah itu dan mengambil sampul raya.
“Mula-mula kami tak perasan, lepas budak-budak ini balik, tengok sampul duit raya dah hilang.
Kami jumpa sampul duit raya itu dalam bilik air tapi dah kosong. Baru teringat budak-budak itu guna bilik air tadi.
Sumber : Sinar Harian
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.