SIMPATI dengan nasib seorang wanita dikenali sebagai Kak Long 7E, pelakon Datuk Aaron Aziz meminta orang ramai berhenti berkongsi kejadian itu di laman sosial.
Aaron berkata, perbuatan terus menyebar video berkenaan adalah tidak wajar kerana seperti yang diketahui ramai wanita berkenaan sudah meminta maaf dan menyesal dengan perbuatannya.
Malah dia juga bimbang apa yang berlaku akan menganggu pembesaran anak wanita berkenaan yang turut terded4h dalam video tular itu.
“Assalamualaikum, saya minta jasa baik semua untuk berhenti repost fasal Kak Long 7E tu.
“Dia pun dah minta maaf dan pasti menyes4l. Kesian dengan anak dia nanti nak ke sekolah malu diej3k ke apa.
“Cerita dah habis biarkan keluarga mereka hidup dengan tenang,” ujarnya.
Wanita tular selepas meng4muk di 7E.
Nama Kak Long atau Wan Nor baizura hangat diperkatakan selepas dia meng4muk gara-gara anaknya ditvduh mencvri di salah sebuah outlet 7Eleven di percayai di Terengganu pada minggu lalu.
Selain Kak Long, anak lelakinya Adam yang ditudvh mencvri turut dikec4m netizen kerana bersikap biad4b terhadap staf kedai berkenaan.
Pada 3 Februari lalu, wakil 7eleven bertemu dan bermaafan dengan wanita itu, menyifatkan kejadian berkenaan sebagai salah faham antara staf dengan pelanggan sekaligus menamatkan kontrov3rsi yang melanda.
Kak Long menyesal dengan tindakannya.
Bagaimanapun, Kak Long sekali lagi dikecam selepas tular video sedang mem4ki h4mun staf KFC ketika sedang menjamu selera dengan keluarganya.
Sementara itu, Aaron berkata tiada manusia sempurna dan orang yang memaafkan lebih mulia daripada yang mengh1na.
“Tiada siapa yang sempurna, semua orang ada sikap bvruk. Maafkanlah, itu lagi mulia dari condemn, condemn,” ujarnya.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Mstar