Umum

ACP Nik Ezanee Ceritakan Kenapa Penungg4ng M0t0sikal Tersebut Tidak Berh3nti Sehingga Beliau Di Pukvl.

Polis sedang menyiasat seorang anggota polis trafik yang disy4ki memukvl penunggang motosikal di tepi Lebuhraya Persekutuan di Kuala Lumpur seperti yang tular di media sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata insiden berkenaan berlaku sekitar 8 pagi hingga 9 pagi tadi di Kilometer (KM) 28.3 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur.

“Siasatan ke atas anggota polis berkenaan sedang giat dilakukan dan pihak polis tegas dengan pendirian apa sahaja salah laku pegawai dan anggota akan disiasat dengan teliti dan tindakan diambil daripada sudut undang-undang serta tatatertib sekiranya didapati wujud kesalahan.

Malaysiakini

“Semasa insiden berkenaan sebuah motosikal ditunggang sepasang suami isteri warga tempatan didapati cuba melarikan diri daripada sekatan jalan raya berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Nik Ezanee berkata semasa melarikan diri, penunggang motosikal itu dipercayai melanggar kaki salah seorang anggota trafik yang bertugas.

Katanya penunggang motosikal berkenaan bagaimanapun ditahan anggota trafik lain dan dikenakan saman atas kesalahan tidak menggunakan lorong motosikal, tiada lesen menunggang motosikal dan cukai jalan tamat tempoh.

Selain itu menurut Nik Ezanee semakan rekod lampau mendapati individu terbabit turut mempunyai 58 sam4n atas pelbagai kesalah4n trafik.

Nik Ezanee berkata setakat ini penunggang motosikal berkenaan masih belum tampil membuat laporan berhubung insiden yang ditularkan.

“Kami telah mengenal pasti penunggang tersebut dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu tular sebuah klip video berdurasi 37 saat di media sosial memaparkan seorang anggota polis memvkul seorang penunggang motosikal di tepi Lebuhraya Persekutuan.

sumber : Bernama / MK