Motosikal merupakan antara kenderaan yang sering kelihatan ligat melalui jalan raya penuh sesak.
Oleh itu, para penunggang perlu lebih berhati-hati ketika membawa motosikal terutama jika ada pembonceng dibelakangnya.
Bagaimanapun, menerusi klip video yang tersebar di media sosial Twitter, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki kelihatan sangat mencurigakan apabila pembawanya bertindak kasar dengan pembonceng dibelakangnya.
Bantai wanita atas motor
Dalam rakaman video dikongsi Travel Jimat itu, lelaki yang dipercayai adalah suami, dilihat seolah-olah sedang menyiku isteri dibelakangnya dengan kuat ketika menunggang motosikal.
Aksi tersebut berjaya dirakam dan dimuat naik ke media sosial sehingga mendapat kecaman teruk daripada nertizen.
Dua kali kena siku
Ramai nertizen panik melihat klip video dari dashcam sebuah kereta itu kerana kedudukan wanita itu yang hampir sahaja terjatuh selepas disiku sebanyak dua kali oleh lelaki berkenaan.
Dalam keadaan motosikal yang dipandu laju, sudah tentu insiden tersebut boleh mendatangkan bahaya kepada wanita itu.
Angkat kaki je kalau laki jenis macam ni
Berikutan dengan perkongsian tersebut, rata-rata nertizen meluahkan rasa geram dan marah selepas menonton klip video berdurasi 12 saat itu kerana merasakan lelaki terbabit bukanlah seseorang yang bertanggungjawab.
Mereka juga sempat berpesan kepada para wanita yang belum berkahwin agar mengelakkan diri daripada mendekati lelaki sebegitu sekiranya enggan kehidupan mereka sengsara selepas berkahwin.
Bagaimanapun, setakat ini belum ada sebarang penjelasan atau pengakuan daripada pihak penunggang mahupun pembonceng terbabit kerana mungkin terdapat salah faham mengenai video tersebut yang telah ditonton lebih dari 200,000 orang di Twitter.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
2 kali dia siku perempuan tu dkt atas motor. Ada budak kecil lagi.
Kesian pompuan yg dpt laki tak guna macam ni. pic.twitter.com/KClUl2UXCq— Travel Jimat (@TravelJimat) April 17, 2022
Sumber: Twitter Travel Jimat