Hasrat usahawan dan penyanyi, Iqbal Zulkefli untuk mengambil anak angkat akhirnya menjadi kenyataan apabila berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah posting video di laman Instagram.
Menurut pemilik nama Ahmad Iqbal Zulkefli itu, dia akan menjaga anak angkat lelaki yang baru berusia tujuh hati itu sepenuhnya termasuk memandikan dan memberi susu.
“Anak saya baru usia 7 hari. Ada nama sesuai untuk lelaki? AIIah kabulkan doa saya. jantinanya lelaki. belum ada nama.
“Tali pusat pun belum gugvr. Saya tidak boleh tunjukkan muka lagi. Saya akan jaga kesemuanya; mandikan, bagi susu, tidur bersama saya.
“Sesekali saya akan bagi ibunya jaga. Doakan saya dapat jaga anakanda ini dengan sempurna. Biar dia membesar menjadi anak yang baik, disayangi semua orang.
“Doakan saya juga dimurahkan rezeki untuk ada ramai lagi anak,” kata usahawan berusia 28 tahun itu.
Video berdurasi lima minit itu memaparkan Iqbal sibuk membeli-belah barangan keperluan bayi dengan bantuan beberapa individu untuk memilih produk berkualiti demi membesarkan bayi berkenaan.
Penyanyi lagu Hujan itu berkata, jadual harian padat bukan penghalang untuk dia memiliki anak angkat selain perlu menjaga dua ekor kucing dimana semuanya diuruskan seorang diri.
“Bayangkan saya jaga kucing dua ekor, empat kali makan sehari. Yang ini (anak angkat) pula minum susu dua jam sehari, tukar lampin pakai buang, mandi, bisnes dan kerja lain lagi tapi saya sempat buat,” ujarnya.
Sementara itu, Iqbal turut memberi ‘amaran’ kepada individu yang mahu menyentuh dan mencium bayinya atas faktor keselamatan sempena ketibaan Syawal akan datang.
“Saya balik raya ni, maaf takde siapa-siapa boleh pegang atau cium dia. Ini amaran tegas. Saya je boleh cium dia,” kata Iqbal selain turut memberi bayangan bahawa bayinya berkulit putih, hidung mancung dan berambut lebat.
Meninjau dalam ruangan komen, rata-rata pengikutnya tertarik untuk memberi cadangan nama kepada bayi berkenaan yang penuh dengan keunikan.
“Terlintas nama Aryan”
Mohd Iqvida Lavida?
Sumber : OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: