Saban hari, ada saja isu mengaitkan Chef Ammar berkaitan perniagaan nasi arabnya yang menjadi kegilaan ramai di bulan Ramadan ini.
Terbaru, satu kes berlaku dimana ada pelanggan dipercayai telah menipu kuantiti yang ingin dibeli, membuatkan Chef Ammar naik hantu.
“Ada orang buat correction! Kita kena jujur jangan menipu…”
Perkongsian @AdibYiee di Tiktok merakam teguran Chef Ammar yang bengang dengan sesetengah individu yang menipu untuk mendapatkan kuantiti makanan yang lebih dari pesanan yang dibuat.
Dalam video, difahamkan ada seorang pelanggan yang tidak jujur, telah mengubah kuantiti dari 1 bungkus kepada 2 bungkus, boleh menyusahkan ramai pihak.
“Kalau nak berapa banyak, cakap awal2.. Jangan tiba2 tukar…”
Dalam perkongsian lain, empunya video ada memuat naik penjelasan mengenai apa yang diperkatakan Chef Ammar.
Chef melarang keras orang lain menukar kuantiti makanan di saat akhir kerana mereka telah mengira dari awal bajet orang yang akan dapat makanan tersebut.
“Kalau dia bijak, kita lagi bijak..”
Menjengah ke ruangan komen, para netizen memuji sistem yang dibuat Chef Ammar bagi mengelakkan penipuan dan orang ramai yang beratur, hampa tidak mendapat makanan yang mereka inginkan.
Dalam pada itu, netizen juga berharap tiada lagi isu berkaitan makanan viral ini kerana simpati dengan kontroversi yang menghimpit tukang masak terkenal tersebut setiap hari.
“Bagus macamni, baru takde kes beratur lama2 makanan habis.”
Sumber : Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.