Umum

Aku Berj4nji Berubah Untuk Kau. R4yu Shuk Sahar. Tetapi Si Ist3ri Memberi Bay4ngan Macam Dah Nek4d Kali Ini

” Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran…”

Ini luahan yang dikongsikan isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Rossa Sera yang sekali lagi mencuri perhatian di media sosialnya.

Berdasarkan beberapa posting di Instagram Stories, Sera nampaknya berkongsi luahan perasaannya mengenai relationship nya.

Seolah-olah terluka, Sera mengatakan relationship yang dimaksudkan itu ibarat telur di hujung tanduk.

” Kej4mnya manusia yang sanggup bersumpah janji padahal sedang bersama dengan orang lain. Tidak ada yang lebih z4lim daripada ini. Sakiit sangat.

” Aku terkilan sebab aku masih mahu baiki dan bertahan lagi tapi Allah merancang sesuatu yang lain. Allah tidak izinkan kali ini untuk aku maafkan lagi. Sedih sangat tapi aku bersyukur sebab Allah tunjukkan kebenaran.

” Ingat, jangan sebab kamu dicintai, disayangi, dimaafkan kamu memperIakukan hidup orang sesuka hati. Dia pun ada hati dan perasaan. Doakan semoga urusan Sera dipermudahkan,” katanya.

Tambah Sera, anak-anak tetap menjadi dorongan bagi jiwanya walaupun mereka berdepan dengan penghinaan dan caci maki orang ramai.

” Anak-anak lah penguatku. Aku maafkan kau sebab aku selalu pandang wajah-wajah kecil ni.

” Orang c4ci aku, m4ki aku sebab maafkan kau panggil aku b#d#h, tak ket4t sampai suami cari lain aku hadam jer tapi kenapa sanggup buat lagi,” tambahnya.

” Sayang sangat sebab peluang tu tak pernah dihargai. Mempers3ndakan, perasaan dan hati yang sanggup memaafkan kamu.

” Kepada si dia yang juga seorang wanita, terima kasih untuk semua rasa sak1it ini. Aku harap kau tak lalui rasa saakit yang aku rasa ini sebab kau tak akan sanggup berdiri di sini,” getusnya.

Sera turut berkongsi tangkap layar kiriman mesej yang didakwa telah dihantar dari suaminya, Shuk.

Sebelum ini, kisah perkahwinan pasangan tersebut telah mendapat perhatian pengguna alam maya apabila Shuk did4kwa telah menjaIin hbungan geIap dengan wnita lain.

Sera bagaimanapun memaafkan Shuk biar beberapa kali k4ntoi.

Sementara itu berdasarkan tinjauan di Instagram Shuk, pelawak yang berasal dari Pulau Pinang itu dilihat telah menutup ruangan komen di setiap posting.

Awal tahun ini, kisah hubungan Shuk yang menduakan isterinya telah menjadi topik hangat sehingga dia digantung tugas sebagai penyampai radio Hotfm.

Kemuncaknya, pengurusan radio milik Media Prima berkenaan telah memutuskan untuk menamatkan kontrak Shuk sebagai penyampai Hot FM pada bulan Februari lalu.

Shuk kemudian telah berulang kali menyatakan permohonan maafnya kepada isteri, Sera dan berjanji untuk tidak akan mengulangi perbuatannya.

Namun difahamkan selepas dari itu, timbul tuduhan mengatakan bahawa Shuk telah kembali mencari bekas kekasihnya yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Manakala pada Ogos lalu, Fara mendedahkan dan membuat Iaporan poIis mengatakan beliau telah dicabvI oleh Shuk.

Enggan membiarkan dkwaan srius itu terus menjadi bualan ramai, Shuk telah bertndak baIas dengan mengambil tndakan undang-undang terhdap Fara.

Shuk dan isterinya, Sera telah membuat laporan poIis terhadap Fara di Balai PoIis Setapak pada Ogos lalu.

Untuk rekod, Shuk telah mendirikan rumah tangga dengan Sera di Kampung Ulu Sapi, Sandakan Sabah pada 22 Disember 2015 dan telah dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimy.

Antara pencapaian diraih Shuk  termasuk memenangi trofi naib juara dalam program Juara Parodi, naib juara Maharaja Lawak Mega 2016, tempat kelima Super Spontan Superstar 2017 dan juara Bintang Bersama Bintang 2019.

Namanya tercalon dalam kategori Pengacara TV Popular, Artis Komedi Popular dan Penyampai Radio Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Sumber:IG Sera dan Shuk

Continue Reading
Advertisement