Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.
Foto sekadar hiasan.Alhamdulilah, syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberikan kita semua kehidupan. Percaya atau tidak kita semua hidup dengan takdir yang telah Allah swt tetapkan untuk kita semenjak dari dalam kandungan ibu lagi.
Aku seorang janda, janda pada usia 26 tahun. Aku bercerrai kerana suami telah mem4dukan aku dengan seorang perempuan yang jauh lebih muda pada aku.
Aku pergi bukan kerana aku menolak p0ligami tetapi ketika aku rasakan bekas suami tidak akan berlaku adil dan hubungan perkahwinan kami hanya membawa kehancurran dan d0sa.
Itu cerita tiga tahun lepas, selepas hampir 3 tahun memegang title jande, alhamdulilah aku direzekikan oleh Allah swt berkahwin sebulan yang lalu.
Aku menulis bukan untuk bercerita tentang kehidupan yang lalu. Aku sudahpun memaafkan semuanya dan alhamdulilah bekas suami pun sedang menunggu kehadiran cahaya mata yang ke dua.
Sepanjang bergelar janda, aku berkenalan dengan ramai orang. Aku menangis, gembira, bebas dan berjaya mengapai beberapa kejayaan dalam kerjaya mahupun kehidupan.
Untuk tahun 2020, aku sudah bersedia untuk melangkah ke dunia pengajian.Sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana walaupun kerjaya sekarang sudah cukup lumayan tetapi takdir Allah menemukan aku dengan suamiku sekarang.
Ketika bergelar janda, ramai lelaki terutamanya suami orang suka mengambil kesempatan.
Aku pernah berkenalan dengan seorang inspektor p0lis yang mengaku bujang. Tetapi entah kenapa aku rasa sesuatu yang aneh berkenaan lelaki tersebut lalu setiap hari aku amalkan solat hajat memohon Allah permudahkan urusan untuk aku dan dia jika dia yang terbaik.
Alhamdulilah Allah Maha Berkuasa, rahsia beliau terbongkar bahawa dia telah berkahwin dan isterinya mempunyai hubungan PJJ dengan beliau. So, tiada apa hendak disesali aku pergi.
Seterusnya, aku berkenalan juga dengan lelaki bujang tetapi workh0lic. Aku spent masa agak lama dengan dia.
Aku tak pernah mendedahkan status aku kepada mana mana lelaki sewenang wenangnya.Bagi aku status ni merupakan benda sulit kerana aku percaya ramai yang memandang serong dengan status aku.
Bagi menyelamatkan keadaan aku hidup macam biasa dan berkawan dengan lelaki w0rkholic ni.
Sampai satu masa hampir setahun hubungan kami agak rapat aku bagitau status aku dan dia agak terkejot kerana tak sangka aku seorang janda.
Aku meminta maaf aku tak berniat menipunya. Namun, hubungan kami kekal hanya sebagai seorang kawan. Dan aku mendoakan yg terbaik untuk dia.
Kini suamiku, aku berkenalan di dalam dunia hiking. Dunia hiking yang agak ser4m bagi sesiapa yang pernah mengalaminya.
Seram bukan kerana kawasan hutan atau air terjun yang berpenunggu tetapi seram dengan pelbagai ragam manusia yang hip0krit.
Ada yang sailang laki orang, ada yang menipu kawan kawan dan ada yang mengatal tidak kira bujang mahupun sudah berkahwin, atau lelaki mahupun perempuan.
Tetapi tidak semua manusia macam tu. Cuma aku nak pesan hati hati dengan cabaran dunia hiking. Aku join hiking sebab aku minat alam dan aku nak cari balik semangat aku yang hilang.
Aku line up yang selalu bersama sweeper setiap kali trip, aku kenal suami ketika trip CBL setahun yang lalu. Suami bukan orang hebat dan aku bukan kenal n bercinta.
Aku berkawan dengan dia, ber’kau’ ‘aku’, memerli each others dan aku kenal dia sebagai kawan dan telinga aku. Kawan dia ialah kawan aku.
Suami aku bukan gogo, bukan line up mana mana kelab hiking cuma dia lelaki yang dah hilang hampir 80kg berat badan selepas berkecimpung dalam dunia hiking serta aktiviti outdoor.
Suami aku penjual kuih puteri ayu dan kek marble classic yang paling sedap dan paling cantik warna puteri ayu tu.
Aku janda golongan profesional yang bergred 44. Hampir setahun aku kenal dia, aku tak pernah rasa dia handsome walaupun ramai yang cakap dia macam tu. Aku kenal dia dan siasat dia betul betul. Aku terjun ke dunia dia dan kawan kawan dia.
Aku pergi rumah family dia, walau aku tahu benda tu tak bagus pergi rumah lelaki tapi aku buat sebab aku dah tak nak salah pilih orang.
Aku kaji family dia, cara dia layan mak ayah dia Aku tanya orang sekitar, stalker fb dia dan macam macam lagi.
Aku tak jumpa benda yang mncurigakan tentang suami aku. Baru aku berani, kenal dengan lebih dekat.
Aku bagitau status aku kat dia dan cakap terus terang sama ada nak kawan atau tak dengan aku.
Dan lepas hampir 8 bulan, baru dia bagitau aku sebelum aku bagitau dia, dia dah tahu status aku cuma dia tunggu aku cakap sendiri.
Semua orang risau, aku nak kahwin dengan lelaki yang kerja biasa biasa. Tapi mak ayah aku jumpa suami terus setuju. Semua benda Allah mudahkan, hantaran dan majlis berjalan lancar.
Aku pilih dia, bukan kerana rupa atau harta. Bukan juga kerana cinta m0nyet yang mengebu. Aku pilih dia suami kerana perangai dan akhlak.
Aku pernah hidup dengan lelaki yang gajinya puluhan ribu Tetapi aku disimpan macam trofi dan tidak dilayan selayaknya seorang isteri.
Suami aku anak mak.Suami aku anak kesayangan keluarga. Mak mertua aku sakit dan bertongkat.
Pernah satu hari, mak berak atas lantai dan suami aku yang basuh dan lap semua n4jis. Mak mertua aku tak nak anak lain salin p4mpers dan cucuk insulin kecuali suami aku.
Aku sedikit pun tidak tertekan. Keluarga mertua aku sangat sporting dan baik.Sekarang PKPB dan aku hampir sebulan tak rasa macam berada di rumah mertua. Alhamdulilah.
Walau ramai yang cakap, aku yang tanggung suami sebab aku bekerjaya tetap. Hakikatnya, suami aku yang banyak tanggung perbelanjaan rumah.
Aku baru lepas baca cerita Kak Zie mngsa ped0, dan alhamdulilah telah menemui kebahagiannya. Aku cuma nak share, rezeki kita lain lain.
Ada orang lambat kahwin Allah bagi rezeki harta melimpah ruah dan berbakti pada ibu dan bapa. Ada orang kahwin awal rezeki anak anak dah besar.
Ada orang diuji dengan pnyakit tetapi syukur boleh jadi Allah mengampunkan dosa d0sa sehingga kelak dia kembali dalam keadaan suci daripada d0sa.
Kita takkan tahu nilai ukuran kebahagian seseorang. Aku pilih untuk memilih kebaikan sebagai asbab untuk aku bahagia dalam rumahtangga.
Aku pun tak pasti jalan perkahwinan ini sampai mana. Cuma aku bersyukur diberikan rezeki berpasangan disaat masih ramai yang keliru dan diuji dalam memilih pasangan.
Semoga Allah mempertemukan kalian yang masih sendiri dengan pasangan yang baik dan beriman. Aamiin.
Jande jangan terburu buru, tidak semua lelaki jhat. Hati hati dalam perjalanan. Hiduplah mengikut syariat IsIam yang betul.
Percayalah apa yang hilang dari kita Allah akan ganti yang lebih baik. Terima kasih Maha Pemberi Cinta, Allah swt.
Reaksi Warganet
Aisyah Nur –Hiking, Tersenyum saya. Tak ramai jaga iktilat masa hiking. Walaupun tak semua tapi bila join laki perempuan, faham fahamlah.
Dan ada beberapa sk4ndal suami orang, isteri orang yang hubungan terbina masa hiking.
Sheyra Ayob –Hiking? Ya memang ada banyak dunia lain. Tapi suami saya bertemu sk4ndal dia di dunia hiking dan sehingga kini.
Tiada daya saya boleh menghalang. Semoga Allah cepat tunjukkan saya pelangi.
Hasnah Abd Ghani –Kita jangan terlalu mengharap kesempurnaan atau apa yang di impikan.
Sebab Allah hanya bagi yang terbaik untuk kita bukan seperti yang kita berdoa. Kerana Allah maha mengetahui.
Sebagai manusia, barang yang depan mata atau yang kita dah dapat jarang nampak elok. Yang belum dapat atau yang orang juga elok pada mata kita.
Allah maha adil kalau di beri nya sesorang kelebihan tentu ada kekurangan juga. Kalau semua hajat tercapai manusia boleh menjadi riak dan s0mbong.
Syurrga suami di bawah tapak kaki ibu nya dan syurrga kita d bawah tapak kaki suami. Kesukaan suami sepatut nya kesukaan isteri juga.
Selagi dia mentaati ibu, keberkatan dan syurga bersama nya, berbahagi lah kasih dengan mertua sebab adat kata yang tua keseronokan pada dunia sudah pudar kerana usia.
Selagi dia ada biar lah dia bahagia, sebab redha Allah bergantung pada redha ibu nya.
Sumber – Kaktus (Bukan nama sebenar) via IIUMC.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.