Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof mengakui dia juga berhadapan tekanan berat berikutan isu rumah tangganya yang hangat diperkatakan ketika ini dan menjadi perhatian ramai.
Syamsul, 38, ditemui baru-baru ini berkata, sebagai manusia biasa, dia juga tidak mampu mengelak tekanan menerjah dirinya apalagi bila ia membabitkan kemelut rumah tangga dan keluarganya.
“Gila, saya tak stres? Apa yang saya lalui ini (hal rumah tangga) cukup berat. Memang saya stres. Ketika buat ‘editing’ filem Mat Kilau dan Munafik 2 pun, saya boleh menangls, inikan pula hal rumah tangga sendiri.
“Tapi, saya selalu bangkitkan semangat saya semula. Saya sentiasa kata tak apa, tak apa, insyaAllah. Dan, saya seketika fikirkan juga kejayaan yang sudah saya kecapi dan selalu menghargainya.
“Apapun, saya sentiasa rasa bersyukur dengan rezeki Allah ini. Sebab saya tahu, ‘it comes with a price’. Jadi, ujian kau pun besar lah,” katanya kepada Harian Metro ketika menjawab pertanyaan dirinya yang dilihat cukup tenang walaupun berhadapan masalah rumah tangga.
Syamsul berkata, bagaimanapun dia tetap kena kuat, kena bijak dan tidak boleh pandang perkara negatif semata-mata dan kena pandang apa yang baik juga.
“Meskipun saya dah dapat rasakan filem Mat Kilau ini akan ‘success’ meletop, tapi masalah saya bukan selesai pun. Tak ada. Duit bukan segalanya. Ini semua proses perjalanan hidup dan saya layankan saja perlahan-lahan,” katanya.
Ditanya juga apakah yang menjadi pemangkin semangatnya untuk kelihatan tenang dalam mengharungi ujian hidupnya itu, Syamsul berkata, mungkin ia datangnya daripada doa ibu bapanya.
“Semangat ini mungkin daripada doa ibu, doa bapa saya dan mungkin juga dari pelbagai dugaan yang pernah saya lalui sebelum ini. Saya pun dah hadapi ujian yang banyak, antaranya filem KL Gangster 2 yang bocor dulu. Banyak lagi benda yang orang tak tahu, family.
“Tapi, apabila dah ditimpa ujian-ujian yang berat ini, apakah kau akan ‘surrender’ atau kena jadi kuat, ia kena pilih dan saya juga sebenarnya hampir-hampir (tewas). Tapi, entahlah kalau cakap lebih-lebih macam ustaz pula,” katanya.
Terdahulu, kisah kemelut rumah tangga Syamsul dan isterinya yang juga pelakon Puteri Sarah didakwa berantakan kerana kehadiran orang ketiga dan atas sebab itu, mereka turut dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung lagi.
Puteri Sarah juga baru-baru ini nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berserta dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita dikenali Ira Kazar.
Pasangan Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah kini berusia 3 tahun.
Sumber : Hmetro
Pengarah filem berkaliber Mat Kilau, Syamsul Yusof mengakui dia sentiasa takut dengan setiap kejayaan dikecapinya dan selalu berharap apa yang Allah berikan itu dirahmati dan berkat.
Syamsul, 38, ditemui berkata dia tahu mengenai ‘Istldraj’ yang diperkatakan segelintir pihak kepadanya dan sedar mengenai perkara itu. Katanya, apa yang pasti dia sentiasa bersyukur dengan segala rezeki diperolehnya.”Kita bukan Tuhan. ‘Don’t take a religion in the wrong way’. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.
“Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.”Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah,” katanya kepada Harian Metro.
Mengakui pelbagai komen diterimanya berkaitan kejayaan dinikmati, disusuli kemelut rumah tangga juga, Syamsul tidak menafikan dia sebenarnya sudah penat dengan semua ini. Katanya, dia hanya mampu reda.
“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’.
Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga,” katanya akur dengan proses kehidupan dilalui kini.
Sumber : OMM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: