Sering kali kita dengari masyarakat mengeluh dengan kenaikan harga barang yang berlaku dalam negara, lebih-lebih lagi harga ayam di pasaran yang menaik mendadak.
Keluhan itu bukan saja keluar dari mulut pembeli, malah penjual juga turut terkesan apabila harga ayam diletakkan dengan harga yang agak mahal.
Perkara ini menjadi tular di media sosial selepas salah seorang peniaga di Pasar Cabang Tiga Kuala Terengganu meluahkan rasa sedihnya apabila duit yang dikumpul terpaksa membayar saman mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, Mereka disaman oleh pihak berkuasa gara-gara menjual ayam pada harga yang tidak dibenarkan.
“Beli harga ayam daripada pembekal RM8.70, harga kawalan RM8.90. Untung 20 sen untuk setiap kilogram? Kena bayar saman pula RM500. Peniaga nak makan apa?”
Apa yang lebih menyedihkan, pemuda ini memberitahu bahawa duit RM500 yang dikumpul itu adalah untuk membeli baju raya anak-anaknya.
“Niat asal nak belikan baju raya untuk anak-anak. Tapi kena bayar sama ni dulu. Takpelah..”
Dalam masa yang sama, pemuda ini juga berharap agar orang ramai tidak mengecam tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas dan ianya merupakan kerja mereka.
Video yang tular di laman TikTok:
@adam___iskandar Kerajaan sepenggal ??
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 761.6K tontonan, 50.4K tanda suka, 3465 komen dan 2842 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sedih melihat lelaki tersebut yang terpaksa membatalkan niatnya untuk membeli baju raya anak-anak demi membayar saman.
Dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang kagum dengan sikap peniaga tersebut yang tenang menghadapi dugaan teresebut dan tidak menunding jari kepada pihak berkuasa.
Perkongsian tersebut bukan sahaja meraih pelbagai pandangan warga maya malah ia juga mendapat perhatian daripada Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli yang juga merupakan seorang penyanyi serta penceramah motivasi.
“Sape2 kenal abang ni tolong whatsapp caprice 0169019035 cap nak hantar baju raya satu set untuk family dia any colors. harap2 issue harga ayam ni, penjual, dan pemborong dapat selesai insyaAllah” ujar Caprice pada ruangan kapsyen di laman Instagramnya.
Sementara itu Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) negeri, Saharuddin Mohd Kia berkata, mereka dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 selepas aduan dibuat orang ramai.
Aduan Pembeli – Harga Tertera Lain, Jual Harga Lain
“Mereka mengelirukan pengguna dengan mempamerkan harga maksimum ditetapkan iaitu RM8.90 sekilogram, tetapi menjualnya melebihi harga ditetapkan, kita tidak mahu ada penipuan terhadap penggunaa.- Pengarah KPDNHEP
Bagaimanapun mereka gagal menunjukkan sebarang resit bagi membuktikan perkara tersebut kepada pihak berkuasa. Akibat dari itu timbul persoalan mengapa mereka enggan berkongsi maklumat pembekal ayam?
Memetik laporan Harian Metro, rata-rata peniaga ayam sudah bertekad untuk tidak akan mendedahkan nama pemborong walaupun terpaksa dikenakan tindakan.
Dedah nama pembekal boleh kena boikot?
Alasan yang mereka berikan adalah jika mereka nama pembekal, mereka akan diboikot dan tidak akan mendapat bekalan lagi.
Kami bertekad untuk tidak mendedahkan nama pembekal termasuk menunjukkan resit pembelian kerana cara itu seolah menjerat diri sendiri. Walaupun bakal berhadapan dengan pelbagai tindakan kerana menjual ayam segar melebihi harga ditetapkan kerajaan iaitu RM8.90 sekilogram, tetapi kami tetap tidak akan mendedahkan nama pembekal. – Kata peniaga ayam.
Peniaga ayam bagaimanapun tidak menyalahkan tindakan yang diambil pihak KPDNHEP. Mereka hanya berharap agar pegawai penguat kuasa KPDNHEP menyiasat secacara terperinci harga jualan ayam hidup di peringkat ladang.
SUMBER – kotakmedia