Umum

Bercinta Dgn Lelaki Afrlka, Netizen Terkejut Penyanyi Mimi Fly Bersama Balik Kampung Kekasih Di AS

lima tahun menjanda, penyanyi Mimi Fly mengakui sedang menjalin hubungan romantis dengan seorang lelaki kulit hitam atau negro.

Mimi atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham mendedahkan, hubungan istimewa antara mereka sudah mula terjalin sejak dua tahun lalu dan kini sedang dalam fasa mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam.

Umum mengetahui bahawa penyanyi, Mimi Fly sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang doktor pakar tulang belakang dikenali sebagai Antonio Rozier yang berasal dari Afrika.

Terbaru, pemilik nama Shamimi Amalina Norhisham itu ‘terbang’ ke kampung halaman kekasihnya yang terletak di Dallas, Texas, Amerika Syarikat (AS) dipercayai sejak awal Ogos lalu.

Menerusi laman Instagram, penyanyi berusia 36 tahun itu ada memuat naik beberapa posting termasuk bersama Antonio untuk tatapan pengikutnya.

“9692 miles equals to 15598 kilometers equals to 27-29hours by plane… in conclusion, ADVENTURE

Difahamkan, bekas anggota kumpulan One Nation Emcees itu juga sempat meneroka beberapa lokasi menarik di sekitar Texas menerusi perkongsian foto dirinya sejak 10 Ogos lalu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira melihat kebahagiaan Mimi selain memuji penampilannya yang dilihat ‘hot’ dengan rambut berwarna rona ungu.

Malah, terdapat juga segelintir individu menggelarkan Mimi seperti penyanyi popular global iaitu Rihanna.

Happy for you!

Suka warna rambut you

 

“Kami mula berkenalan ketika bertemu di satu destinasi percutian dan sejak itu, kami semakin rapat walaupun hubungan terpaksa diteruskan secara jarak jauh (LDR) sebab dia sekarang menetap di Amerika Syarikat.

“Dia merupakan seorang doktor pakar tulang belakang dan sangat memahami diri dan berfikiran terbuka. Dia tak pernah takut dengan bagaimana saya membawa diri di depan khalayak.

Kata Mimi, hubungannya dengan lelaki asal Amerika Syarikat itu semakin serius hari demi hari namun buat masa sekarang, dibatasi jarak jauh iaitu antara Malaysia dan negara Uncle Sam tersebut. AWESOME TV

“Insya-Allah, kalau ada jodoh, jadilah. Dipendekkan cerita, waktu pertama kali jumpanya, saya macam terus terpaut hati dan energi yang sama turut lahir darinya,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui pada majlis tayangan perdana program raya Awesome TV 2022 di ibu negara, baru-baru ini.

Tidak mahu terlalu memperincikan tentang hubungan yang masih lagi baharu, pelantun lagu Superfly itu cuma berharap agar dipertemukan jodoh dengan lelaki yang dapat menerima dirinya seadanya dan secara peribadi, dia dapat melihat masa depan tersebut bersama lelaki terbabit.

“Barangkali dia adalah kegembiraan yang saya cari selama ini. Dan sebagai seorang wanita, saya rasa semua orang layak bertemu jodoh yang dapat membawa kita maju ke hadapan dan memperbaiki apa kekurangan diri.

“Kalau boleh, saya nak hubungan kami diteruskan ke peringkat seterusnya kerana dia sendiri banyak memberi dokongan dan sokongan kepada saya untuk jadi manusia yang lebih baik.

“Ada orang tanya tak takut ke berkawan dengan orang kulit hitam dan jawapan saya, tidak langsung sebab saya rasa lelaki Melayu senang rasa intimidated (tercabar atau takut) dengan keterbukaan gaya hidup saya berdasarkan beberapa perhubungan yang telah saya lalui sebelum ini,” ujarnya.

Tambah Mimi lagi, dia berharap agar orang ramai tidak membuat andaian bukan-bukan namun memohon agar urusan jodohnya kali ini berhasil dengan baiknya hingga ke alam perkahwinan.

Terdahulu, Mimi, 36, pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Firdaus Hajar pada 16 Mei 2015 namun pasangan tersebut bercerai pada November 2017.

Sumber: OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Continue Reading
Advertisement