Umum

“Cuba Beritahu Saya Dia Curang Yang Macam Mana? Orang Lelaki Kan Boleh Kahwin Empat, Mana Ada Istilah Curang?, Lainlah Kalau..

ANAK kepada pelakon Kazar Saisi, Ira sekali lagi mengundang kontroversi dalam kalangan netizen apabila dia didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang pengarah filem terkenal berstatus suami orang.

Kazar Saisi pernah memberi respon mengenai anaknya dahulu. Jom tengok apa respon Kazar pada masa itu.

Dakwaan itu mula berlegar-legar di media sosial sejak beberapa hari lalu hingga mencetuskan pelbagai spekulasi terutama mengenai perihal rumah tangga pengarah terbabit.

Mengakui tidak tahu-menahu mengenai dakwaan itu, Kazar atau nama sebenarnya Kazaruddin Saisi, 60, berkata dia selalunya menjadi individu terakhir yang akan mengetahui mengenai apa-apa gosip atau kontroversi mengaitkan anaknya itu.

Pelakon Kazar Saisi Mohon Maaf Atas Viral Video Gelek Anak Yang Ghairah - Tempatan - Portal Utama - CARI Infonet

“Saya tak tahu mengenai perkara itu. Selalunya saya akan jadi orang terakhir yang tahu jika ada apa-apa yang berlaku.

“Banyak benda yang saya tak tahu mengenai Ira. Memang kami duduk serumah tetapi kami tak pernah duduk bercerita.

“Malah kami jarang berjumpa sebab dia selalu duduk di dalam bilik sahaja,” katanya kepada mStar.

Dah Tak Larat Nasihatkan Dia” – Kazar Runsing Bila Anaknya Ira Dikatakan 'Main Cinta' Dengan Suami Orang Yang Juga Pengarah Filem Terkenal – Soya Lemon

Selain itu, Kazar turut mempersoalkan tuduhan curang yang dikaitkan dengan anaknya itu.

Kazar berkata, tuduhan curang tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan sungguhpun pengarah berkenaan selesa berkawan dengan anaknya.

“Cuba beritahu saya dia curang yang macam mana? Orang lelaki kan boleh kahwin empat… mana ada istilah curang?

“Melainkan kalau mereka pernah bersekedudukan, barulah saya anggap curang.

“Kalau setakat berkawan, ia tak kenalah…” katanya.

Dalam pada itu, Kazar juga memberitahu dia enggan mencampuri urusan Ira kerana menganggap anaknya sudah cukup dewasa untuk membezakan perkara baik dan buruk.

“Saya pun tak boleh nak campur urusan mereka sebab Ira sendiri umur sudah lebih 21 tahun… sudah bukan dalam tanggungan. Saya dah tak larat lagi untuk nasihatkan dia. Dah buat macam-macam… sampai dah tak larat nak layan gosip-gosip tentang dia.

“Kalau masalah hati dan perasaan macam mana kita nak campur? Kita semua pernah bercinta, kita tahu masa bercinta semuanya manis. Orang lain dah tak boleh nak campur. Saya tak mahu cakap lebih-lebih nanti jadi fitnah,” katanya.

Wajah Anak Kazar Curi Tumpuan. Cantiknya! - Media Hiburan

Sebelum ini, nama Ira menjadi sebutan netizen apabila dia memuat naik video menari dengan aksi yang menghairahkan.

Malah gadis ini juga pernah menjadi buah mulut netizen apabila gambar dia mencium pipi seorang jejaka tular di media sosial.

Tindakan gadis berusia 24 tahun ini membuatkan nama bapanya turut terpalit dengan isu berkenaan.

Puteri Sarah hilang sabar, ‘warning’ Ira Kazar berhenti ganggu Syamsul Yusof! Label tiada maruah asyik kejar suami orang.

EMPAT tahun menahan sabar, pelakon Puteri Sarah akhirnya memberi amaran secara terbuka kepada individu yang didakwa mengganggu rumah tangganya.

Dakwa Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, wanita yang merupakan anak kepada pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar masih mengganggu hubungan rumah tangganya dengan suami, Syamsul Yusof sejak tahun 2019.

“Daripada dulu sampai sekarang saya diganggu dengan akaun palsu, diganggu komen-komen yang menyakitkan hati tapi saya sabar. Anda kacau mental saya sejak 2019 lagi. Sampai kami (Puteri Sarah dan Syamsul) dah tak tinggal sebumbung, tak puas hati lagi ke? Apabila kami berbaik, anda ugut suami saya pula.

“Hari ini saya tengah sibuk dengan anak-anak, tiba-tiba saya terima berita yang menyakitkan. Selama ini, apa anda buat, anda ganggu saya, saya diamkan saja sebab nak jaga nama baik keluarga.

“Tapi kali ini rasanya anda sudah lebih sangat. Siap cakap fasal anak-anak saya. Anda hanya orang luar tak perlu masuk campur. Apa yang berlaku sekarang anda dan orang luar cuma tahu luaran sahaja,” katanya menerusi Instastory pada Sabtu.

IG Puteri Sarah

Puteri Sarah dedah gangguan diterima di Instagram.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut memberi amaran kepada Ira supaya berhenti menganggu hidupnya lagi.

“Kali ini cukuplah anda ganggu saya lagi bila saya nak pergi umrah. Empat tahun saya menanggung. Berhati-hati doa orang yang teraniaya, Allah akan makbulkan lagi-lagi di bulan puasa ini.

Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya!

“Di bulan baik ini saya doakan kalian berdua, Ira Kaza dan suami (Syamsul Yusof) saya diberikan hidayah,” ujarnya.

Sebelum ini, kisah rumah tangga pasangan selebriti itu didakwa sedang dilanda masalah menarik perhatian netizen.

Puteri Sarah mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul dan mendakwa suaminya itu tahu punca hubungan mereka dingin.

WhatsApp Image 2022-04-16 at 8.01.54 PM

Puteri Sarah bersama dua cahaya matanya.

Dalam hantaran berbeza, Puteri Sarah turut mempertikaikan tindakan Ira yang dikatakan tidak putus asa menganggu suaminya.

“Tak silap saya, anda dah ada teman lelaki kan Ira Kazar? Semuanya tak kekal. Malah baru-baru ini pun anda ada teman lelaki? Mana pergi semua teman lelaki anda?

“Kenapa nak kena kejar suami orang lagi? Memang tiada maruah ke hadap suami orang? Sebab nak harta dia? Sila jadi matang dan bekerja. Saya sendiri pun kerja cari duit sendiri.

“Jangan ambil jalan mudah, minta duit dekat suami orang. Selama empat tahun saya diam, membisu tapi makin lama anda pijak kepala saya,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber Mstar/RJ

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Continue Reading
Advertisement