PASANGAN selebriti yang baharu sahaja bercerai iaitu Mizz Nina dan Noh Salleh masih mencuri perhatian peminat apabila setiap gerak geri mereka diperhatikan termasuk perkongsian dibuat di media sosial. Terbaharu, Mizz Nina memuat naik sebuah petikan berbahasa Inggeris yang mengulas tentang kecurangan dalam sebuah perhubungan. Menerusi petikan tulisan Qasim Rafique dari Scottish Relationship tersebut menceritakan tentang godaan adalah bentuk kecurangan kerana ia melanggar sempadan dalam sesebuah hubungan.
Jelas petikan itu lagi, dalam sebuah hubungan yang komited, seseorang bersetuju untuk memberikan sepenuhnya kepada pasangan namun apabila curang ia memberikan tarikan seksual yang sepatutnya diberikan kepada pasangan namun kepada orang lain. Bukan hanya petikan itu menjadi perhatian kerana sebelum itu, Mizz Nina atau Shazrina Azman, 42, memuat naik foto bekas suami bersama anak angkat mereka iaitu Musa di Instagram Story.
Tinjauan di Instagram Noh juga mendapati penyanyi kumpulan Hujan itu memuat naik foto sama namun tidak meletakkan sebarang kapsyen selain ruangan komen turut ditutup. Foto dua beranak yang dimuat naik sejak semalam itu menerima lebih 30,000 tanda suka. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011 sebelum mengumumkan penceraian mereka pada 4 Ogos lalu. terdahulu SELEPAS mengambil langkah mendiamkan diri berhubung status rumah tangganya,
penyanyi Noh Salleh akhirnya mengesahkan perkahwinan 11 tahun dibina bersama Mizz Nina sudah berakhir. Mengumumkan perkara itu menerusi Instagram pada malam Khamis, Noh, 37, menjelaskan keputusan bercerai itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai perkara dengan teliti sebelum mereka bersetuju membawa haluan masing-masing. “Saya dan Nina ada pengumuman penting untuk dibuat.
“Selepas banyak berfikir dan membuat pertimbangan dengan teliti, kami berdua telah bersetuju untuk membawa haluan masing-masing,” katanya. Bagaimanapun, Noh tidak mendedahkan tarikh sebenar mereka bercerai. Pada petang Khamis, media melaporkan pasangan itu bercerai talak satu dengan lafaz dibuat di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 3 Ogos 2022. sumber : Mstar
SUMBER – rentasasia