Nama pelakon Zul Ariffin dan Ruhainies kembali menjadi bualan netizen setelah tular video yang memaparkan kemesraan antara mereka di media sosial.
Aksi mesra.
Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok @fyzalbabjan, Zul dan Ruhainies kelihatan hadir ke majlis Ralph’s Club Ralph Lauren yang diadakan di ibu kota, semalam (Rabu).
Berdasarkan rakaman itu, Zul datang rapat ke Ruhainies lalu berbisik ke telinga sambil memegang lengan aktres tersebut.
Selang beberapa saat, Zul dilihat beredar dari tempat tersebut dan Ruhanies kembali melayan peminat untuk bergambar.
Tengok cara macam dah kahwin
Bagaimanapun, kemesraan itu nampaknya kurang disegani oleh warganet. Ada segelintir netizen yang kembali beranggapan kedua pelakon ini sudah berkahwin namun merahsiakan.
Selain itu, status hubungan Ruhainies dengan Mr E juga menjadi persoalan dalam kalangan pengguna media sosial.
Sebelum ini, Ruhainies akui rapat dengan Zul tetapi sekadar hubungan seorang rakan karib dalam industri.
Manakala, pada penghujung tahun lalu, kelab peminat Zul iaitu @zulariffinfc menafikan dakwaan yang mengatakan mereka sudah berkahwin.
Antara komen netizen,
@Syafidah Adib:Dia org klu dah kawin nak rahsia bagai.. nnti bila ada masalah 1 dunia nak bgtau.. perkara baik rahsia.. klu perkara buruk2 cepat aje nak bgtau 😳🙄🙄
@Sherry Wann:nmpk care tu mcm depa ni dah kahwin andai benar aku la antara manusia yg hppy🥰🥰🥰
@Bibisma63:Perkara (nikah) jika ini berlaku..baik war2kan…moga tidak timbul fitnah..waullauhuallam
@hatiku milikmu:dieorg sebenarnya dh khwin senyap2,dieorg dah rancang kita yg lalai😂😂😂😂
@sheeeera:tengoklah yg lari tu, bila zul gerak tak jadi dia nak ambik gambar 😆
Sumber: TikTok @fyzalbabjan