Umum

“Dah Dapat Kebenaran Mana Kau Nak Melingkup, Kau Punya Pasal. Tapi Yg Kau Pergi Upload Semua Benda Pasal Apa” – Dato Hattan

Penyanyi Datuk Hattan menegur sikap segelintir selebriti dan Instafamous yang tiada sikap tanggungjawab selepas mendapat kebenaran rentas negeri atas urusan masing-masing.

Menerusi sebuah video dikongsi di laman Instagram, Hattan berkata golongan tersebut tidak perlu menunjuk-nunjuk dengan memuat naik pelbagai aktiviti di media sosial untuk tontonan umum.

“Bukan salah dorang (polis), puncanya sikap Instafamous & selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingkup, kau punya pasal.
“Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai lah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras!,” katanya.

Hattan menegaskan, mereka sepatutnya mempunyai sifat kasihan terhadap orang lain yang masih belum boleh rentas negeri sejak berbulan-bulan lalu apatah lagi sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi.

“Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan & raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung.
“Puncanya benda-benda bang*ng macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular,” tegurnya.

Video dibawah sekali

Beliau mengulas mengenai satu notis terpampang di pintu sebuah balai polis yang tular di media sosial meminta pemohon memperincikan aktiviti serta serta bukti kukuh untuk perjalanan rentas negeri.

Sumber: Instagram Hattan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: