Umum

Dulu aku rapat gile dgn ayh. Tidur celah ketiiak dan baringg atas riiba ayah sehinggalah sesuatu brlaku buatkan aku bnci pd ayh.

Baca perlahan-lahan dan ambillah Pengajaran apa yg pernah berlaku kepada saya ini. Jadikan ini sebagai panduan.

Aku anak bongsu Ayah. Aku sangat rapat dengan Ayah, banyak ikut Ayah. Golek tidur celah ketiak Ayah. Baring atas riba waktu Ayah duduk dengar Abang Kakak mengaji. Ikut ayah berpanas di kebun. Ayah suruh masuk, taknak, nak teman Ayah. Kat depan rumah ada pokok mangga rendah yang aku cop sebagai ‘rumah’.

Bila ayah berkebun di laman, aku akan panjat melepak kat ‘rumah’ aku sampai Ibu panggil masuk. Dalam kereta, seat aku ialah di belakang Ayah. Bila Ayah mengantuk aku tukang picit bahu Ayah. Malam2, tidur je di mana2 aku suka. Nanti Ayah angkat masuk bilik. Jadi puteri kesayangan Ayah, masa kecil aku rasa sungguh manis dan mesra.

Bunyinya Ayah aku sangat penyayang kan. Ayah ada side B yang sangat berlawanan. Personaliti kedua dia yang pemarah dan baran. Dari kecil aku nampak Ayah mengamok, lemp4ng Ibu, pkul Abang, jerkah Kakak. Bila Ayah datang amok, Ibu hanya diam dan menangis. Aku perhati. Aku tak faham dan tak rasa apa-apa. Tapi minda aku save tanpa sedar.

Naik sekolah rendah, Kakak pula yang t4ntrum dan selalu mengamok. Selalu lepas mrah kat aku. Tak faham kenapa. Aku rasa sedih hidup di tengah orang-orang pemrah. Ayah, Kakak.

Masa tu aku dah mula terkesan dengan suasana negatif dalam keluarga. Makin kurang bercakap dan banyak rasa takut. Bila Ayah panggil aku lepak baring dengan dia, aku turut dengan rasa takut. Bukan lagi rasa sayang dan mesra macam dulu.

Aku nakal di sekolah. Selalu kena lecture dengan guru kelas. Untungnya otak aku bijak dan banyak talent. Guru tak adalah benci kat aku sebab boleh diharap untuk dapat A dan masuk apa2 pertandingan.

Malangnya rezeki aku sekolah sampai darjah dua saja. Ayah hantar ke tahfiz di pinggir KL. Tahfiz zaman aku, tak ada akademik dan semata2 hafal Al-Quran. Otak aku yang tengah pesat berkembang tiba-tiba terbantut. Tak boleh baca selain Quran. Tiada pelajaran lain selain Quran.

Aku tension, mengamok. Diorang bnci aku mengamuk. Aku tak berniat nak mengamok, aku cuma tiru reaksi Ayah bila dia upset. Salah ke? Habis tu aku nak buat macam mana, itu je cara luah perasaan yang aku tahu.

Aku makin distant dengan orang lain. Budak baya aku pun dilarang berkawan dengan aku supaya tak terikut jadi nakal. Kakak aku pun rebel buat masalah dia sendiri.

Ayah tak peduli dengan apa yang kami hadapi. Setiap minggu bila datang jenguk di asrama, masing-masing senyap saja dalam kereta. Apa khabar? Sihat. Mengaji macam mana? Ok. Kalau cakap tak OK, tak best pun apa gunanya. Kami takkan ke mana-mana. Tiada komunikasi.

Hanya Ayah yang berfikir dan bercakap. Kami hanya layak dengar dan ikut. Aku ingat satu hari Ibu dipanggil oleh mudirah, lepas tu keluar menangis-nangis. Rupanya aku kena gantung sekolah. Tapi Ayah taknak ambil aku. Biar aku stay di asrama kena pulau. Masa ni aku bukan anak emas Ayah lagi. Sebab banyak buat hal.

Bila cuti di rumah, dengan peraturan di rumah pula. Maghrib Isyak wajib pergi masjid. Hatta periiod pun, duduk dalam kereta dengar ceramah. Berpanas bernyamuk, hadaplah. Tengok TV, Ayah tapis rancangan apa. Cerita cina tak boleh, walaupun cerita kungfu yang pakai sopan2 pun tak boleh.

Buku, Ayah tapis baca buku apa. Aktiviti Ayah perati kami buat apa. Setiap benda yang Ayah tak berkenan akan disusuli kritikan pedas dan silap haribulan, mengamok.

Akibatnya aku dan Kakak lebih suka menyendiri dalam bilik. Lepas makan, kemas rumah, masuk bilik. Membaca, berborak, bergduh, bilik itulah. Bilik yang kami kongsi berdua itulah rumah kami, tempat yang kami boleh jadi diri sendiri.

Eh, duduk dalam bilik pun Ayah denngki. Bagi Ayah, bilik adalah tempat tidur. Siapa duduk dalam bilik maknanya dia tidur. Takde istilah sangka baik dalam diri Ayah. Sekejap lagi Ayah panggil keluar, suruh berkebun. Suruh itu, suruh ini. Aku turut juga dengan bnci dan takut. Bukan lagi sayang dan rela.

Jiwa aku makin sakit dibelit peraturan yang kadangkala tak masuk akal. Sebenarnya, hidup penuh peraturan ni tak teruk pun. It’s totally OK. Dengan syarat pelaksanaannya betul. Tapi cara Ayah aku apply segala peraturan ni dengan keganasan. Ugvtan. Amvk. Contohnya bila kami sekeluarga pergi masjid, nampak sweet kan?

Tiada siapa tahu Ayah selalu keluar lambat. Bila dah azan dalam kereta dia mula mengamok bawak laju2 nak langgar orang, langgar segala bonggol sampai kami semua terhantuk bumbung kereta, maki hamun traffic light. Mengutuk jiran yang masih siram pokok di laman tak pergi masjid.

Balik masjid pula membawang dengan Ibu pasal jemaah sekian, sekian. Bila Ibu diam malas nak layan, Ayah maki Ibu pula sebab tak layan dia. Silap haribulan naik tangan. Balik masjid, belum sampai rumah Ibu dah kena lepuk. Kau rasa?

Kami anak-anak di belakang ni, lihat, dengar, meluat. Sebabnya Ayah hantar kami belajar agma, tapi tindakan Ayah sendiri menyalahi agma. Hari-hari dengar ceramah tapi Ayah cuma ambil apa yang dia nak, yang sesuai dengan ego dia.

Bila menyampah sangat tengok drama macam tu, aku pulak meletup. Aku membesar dengan emosi celaru. Aku benci sikap Ayah tapi aku pun tak dapat kawal diri dari mengamok macam Ayah.

Tambah pula dah naik remaja, Ibu mula kongsi perasaan dengan kami. Mula buka mulut tentang penderitaan yang dialami bersama Ayah. Kata ibu sejak bertunang dulu Ayah dah tunjuk perangai gnas. Tapi ibu tiada pilihan.

Redha je kahwin dengan Ayah sebab taknak orang kutuk andartu. Bila mengamok, Ayah buat Ibu macam tiada harga diri. Nak pkul, nak h1na, ambik. Bila Ibu menangis, kena lagi teruk. Kami masing2 ada ‘portion’ kami terima dari Ayah.

Abang aku pernah kena tendang masuk longkang sampai luka dahi dia berbekas sampai besar. Kakak kena humban ke table top sampai hidung dia patah. Tapi ibu terlalu takut nak bawa ke klinik. Sapu minyak je biar hidung Kakak baik sendiri. Aku pulak gigit tangan Ayah sebab gayat kena timang. Ayah campak aku ke lantai. Semua kisah ni berlaku waktu umur kami 2-3 tahun macam tu.

Bila nak mengukuhkan ego dia, Ayah terlalu senang menghalau dari rumah. Pernah malam raya, Ayah mengamok halau aku dan Kakak pergi rumah Nenek. Puncanya, kami tak pergi solat di surau.

Sedara-mara tengah ramai berkumpul, kami menangis2 pergi rumah Nenek dengan muka tebal. Pada kali yang lain, Ayah halau Ibu. Lepas tu bila Ibu ambil barang nak keluar dari rumah, Ayah tanya nak pergi mana? Dia kata dia acah je. Acah kepala bapak. Ayah menghambur kata memang tak fikir hati perasaan orang.

Ayah suka membangga2 dengan pelajaran yang dia pilih untuk kami. Bangga sampai tahap panggil wartawan datang rumah temubual Abang. Dia nak announce kepada dunia bahawa dia ada anak al-Hafiz. Aku ingat lagi muka abang yang bengis macam nak bnuh orang. Sebab Abang malu dan tak selesa.

Walaupun dah khatam tapi pencapaian Abang takde la bagus sangat, sebab Abang pun ada masalah jiwa macam kami. Ayah terhegeh-hegeh sangat jual abang sana-sini.

Tolak jadi imam, suruh ceramah walaupun orang masjid tak jemput. Betapa malunya Abang aku dibuat macam tu. Orang masjid/surau kariah aku tak kata apa sebab malas nak confront Ayah.

Lepas aku dan Kakak khatam, kami pula kena ‘jual’ sekampung. Ayah tak peduli perasaan kami malu ke apa. Makin galak Ayah mengata orang, mengutuk anak orang, feel good sorang2. Kami terpaksa dengar, tadah.

Ayah selalu sebut pasal kelebihan hafal Quran boleh bagi mahkota kat Ibu Ayah. Boleh jadi saham akhirat. Doa anak soleh, blabla.. Apa salahnya dengan hasrat Ayah tu? Tak salah. Yang salah ialah perangai Ayah.

Ayah ingat hafiz-hafizah boleh lahir dengan amok dan m4ki. Dengan qudwah yang buruk di rumah. Harap sekolah je ajar kami jadi baik tapi Ayah boleh buat sesuka hati. TIDAK! Tanpa pergaulan yang baik, contoh yang baik, kami tak mampu pun jadi baik. Kami jauh hati dan tak rasa nak doakan Ayah.

Aku makin kecewa dan benci dengan perangai Ayah. Ilmu agama dalam diri buat aku makin dilema, dibayangi perintah-perintah mentaati Ibu Bapa. Taat tu maksudnya Ayah boleh buat sesuka hati macam layan binatang ke? Tuhan, kenapa Kau cuma suruh anak taat pada parents, tapi tak suruh parents layan anak baik-baik?

Sambung belajar ke tanah Arab, b4ran aku menjadi-jadi. Aku pulak yang control my housemates, sibuk tegur diorang tengok movie. Bila dorg tak bangun Subuh aku mengamok. Dorang buat pape tak bagitau aku, mengamok. Hempas pintu. Hempas barang.

Satu hari tak mengamok macam tak hidup. Sebijik. Aku dah jadi Ayah. Satu masa aku tersedar aku tak boleh copy perangai Ayah yang salah ni. Aku sendiri rasa terluka kenapa aku mesti lukakan orang lain pulak.. Esok aku kahwin, beranak, anak aku pulak copy perangai aku ke? No. This cycle must end.

Aku cuba tahan mrah. Sometimes urat2 aku rasa sakit bila tahan mrah. Dapat satu hari tak mrah aku rasa amazed dengan diri sendiri. Rupanya aku boleh survive tanpa mrah. Haha. Long story short, pada tahun akhir belajar Allah takdirkan aku kenal satu grup tarikat.

Belajar dan bergaul dengan diorang la banyak bantu aku ubah diri, ubah cara berfikir, sampai tahap aku mampu tenang dan tak mrah-mrah lagi. Ahamdulillah. Aku rasa nak kongsi journey aku dengan grup ni tapi mungkin kena tulis lain.

Lima tahun berjauhan dari Ayah, aku balik jadi orang lain. Anak yang stabil tahan letup. Tapi jauh dalam hati aku rasa cemas mampu ke aku pertahankan identiti baru ni, atau aku akan triggered dan jadi macam dulu? Aku cuba positif. Aku dah besar, mungkin Ayah tak layan macam dulu lagi.

Rupanya Ayah tak puas lagi kontrol aku. Ayah nak tentukan pulak aku kerja apa. Mesti jadi pegawai kerajaan berpangkat. Dah siap kabel2 nak dihubungi.

Ayah tak sedar anak dia yang br0ken-hearted, sekolah pondok ni langsung tak ada skill nak jadi pegawai. Aku lack segala skill. Nak tulis resume pun tak pandai. Apatah lagi nak market diri dalam interview.

Hanya sijil aku yang boleh dibanggakan, tapi aku malu dan tak sanggup ditolak2 begitu main kabel orang dalam. Nampak sangat takde kebolehan sampai nak kena guna kabel.

Str3ss dengan sikap dan mulut Ayah, aku bawa diri jauh ke selatan. Masa tu aku dah tak mengamok, tapi hati aku rasa nak membnuh. Kalau tak keluar dari rumah, mungkin aku akan tikam Ayah atau tikam diri sendiri. Akhirnya Abang dapat tahu. Abang suruh aku balik KL tinggal dengan dia.

Berbekalkan bakat menulis, aku dapat rezeki bekerja di sebuah publishing company. Aku enjoy, tapi tak tahan str3ss. Tak tahan kena mrah bos. My entire life dah kena mrah, membesar dengan orang pemrah, aku dah tak boleh hadam orang mrah-mrah. Dan aku tak dapat berkongsi perasaan, minta support dari Ibu Ayah. Komunikasi dalam keluarga aku dah lama mati.

Tanpa sedar amuk aku keluar. Satu pagi aku kena bebel dengan bos . Aku tau dia tak berniat buruk, mulut dia memang macam machine gvn. Tapi aku dah tak tahan. Depan2 dia dan semua orang aku hempas barang bersepai.

Kejadian tu jadi red alert dalam kepala aku. Lama sikit lepas tu aku resign. Masuk kerja baru. Jumpa orang baru. Start chapter baru. Improve kekurangan aku. Perhati pergaulan kawan2 dan belajar dari mereka. Belajar nego kerja supaya kurang str3ss.

Belajar meluah supaya tak pendam str3ss. Tapi bukan senang nak jumpa kawan yang sanggup mendengar. Orang cuma nak tengok kita yang happy, gembira. Lepas setahun, aku stress dan mengamok lagi di tempat kerja. Resign.

Kenapa aku resign lepas meng4muk? Sebab aku malu dan kecewa dengan diri aku ni yang tak normal macam orang lain. Lama aku berusaha ubah sikap pun mesti ada satu masa terlepas amuk yang menakutkan orang sekeliling. Dan dengan silap yang satu itu la orang define diri aku. Sadly.

Susah nak jumpa kawan yang lurus mata hati, yang menilai aku dengan hati, dan melihat ke dalam hati aku. Susah. I always be the one. Sebab aku tak takut sesiapa dan kawan dengan semua. Tapi nak dapat orang layan aku macam tu? Em.

Aku fikir, mungkin keadaan akan berubah kalau aku gandakan ketaatan pada orang tua. Aku cari kerja yang dekat dengan rumah. Jadi ustzah macam Ayah nak. Everytime Ayah Ibu nak pergi appoinment bagitahu, aku boleh ambik cuti bergaji ke potong gaji ke untuk bawak diorang. Aku tukar kereta yang lebih selesa.

Hujung minggu balik kemas rumah walaupun aku dah tak duduk situ. Banyak luangkan masa dengan Ibu, dengar luahan dia. Namun sebaliknya jiwa aku makin kusut. Sebab, bila banyak masa dengan parents, aku terpaksa hadap amok-amok tak bertempat, kata2 pedih men1kam, hati aku makin hncur.

Terutamanya Ayah yang sentiasa tak puas hati dengan aku. Tak puas hati selagi aku tak kerja kerajaan. Susah benar dia nak redha dengan rezeki yang Allah tetapkan.

Ayah suruh aku kahwin. And again, untuk puaskan hati dia. Calon pertama yang datang, belum jumpa aku dah kena panjat pokok. Ayah nak cari orang yang boleh jaga kebun dia. Aku tolak sebab aku taknak bakal suami aku dikontrol macam aku kena.

Calon kedua, pensyarah Indonesia. Ayah nak orang yang boleh jadi imam, ceramah di surau. Aku tolak. Aku bagitahu Ayah, kalau nak carikan untuk aku, carikan doktor. Aku nak kahwin dengan doktor. Ayah tolak mentah2. Ayah kata doktor sibuk, nanti aku selalu kena tinggal. Ayah tak pernah consider perasaan orang. Aku yang nak dikahwinkan, kriteria kena ikut Ayah.

Akhir sekali Ayah padankan aku dengan sorang lagi pensyarah, umur jauh tua dari aku, even lebih tua dari Abang. Bila dengar ura-ura tu aku terus bagitahu, aku taknak.

Ayah jalankan juga belakang aku. Dah beriya2 dengan orang tu, Ayah pujuk aku terima, ajak aku ‘berubat’ sebab dia rasa aku kena guna-guna sebab asyik tolak calon dia.

Itulah kalinya, sejak sekian lama aku meletup kat orang, malam tu aku meletop kat Ayah sendiri. Aku cakap reason aku tolak sebab semuanya ikut kehendak Ayah, langsung tak consider kehendak dan pandangan aku padahal aku yang akan hidup dengan orang tu.

Ayah tak boleh terima, Ayah kvtuk aku pulak nak jatuhkan moral aku. Kutuk aku baran, suka baling barang. Aku tepis balik cakap itu perangai siapa yang aku ikut.

Selalunya bila mengamok aku dihantui rasa bersalah. Anehnya malam tu aku rasa sangat tenang. Mungkin sebab dah luahkan apa yang aku fikir dan rasa. Malangnya benda tak habis kat situ.

Ayah guna orang lain pulak. Jumpa Abang. Jumpa makcik2 aku. Cerita pasal aku, kutok aku, entah apa lagilah, supaya diorang pujuk aku terima. Makcik tu rapat dengan aku, dia faham aku. Tapi makcik yang lain mulut macam c*bai. Jumpa aku kat kenduri perli2 aku taknak kahwin.

Bila melibatkan orang lain memang aku tertekan. Dan itu la yang Ayah nak pun, supaya aku tertekan dan terpaksa surrender. Tapi bagi aku, cukuplah. Cukuplah Ayah atur hidup aku.

Kehormatan aku ni satu2nya benda yang aku tak boleh surrender pada Ayah. Aku nak bagi pada orang yang aku rela. Mungkin Ayah harap aku taat patuh macam perempuan zaman dulu yang kahwin diatur2. Maaf Ayah, aku dah muak diatur. Penat!

Sejak malam tu, dah lima bulan aku tak balik rumah. Aku dah tak boleh tengok muka Ayah. Nak rasa aura dia duduk sebumbung pun tak boleh. Dah lama pisah baru la dapat ketenangan yang aku cari.

Selama ni aku rasa bersalah tak balik rumah. Bengang2, muka masam, hempas pintu pun balik juga. Mana taknya, bila aku takde sibuk pula Ayah tanya2, reka macam2 alasan suruh aku balik. Bila aku balik, ada je yang tak kena. Aku rasa hubungan yang t0ksik begitu takde makna. Setiap kali nampak perangai Ayah, aku jadi nak mengamok. Jauhkan diri macam ni lebih baik. Fikiran aku pun lebih jernih.

Satu maghrib aku balik rumah, nampak jiran aku terbongkok2 depan pagar dia. Bila aku sapa datang dekat, nampaklah pagar dia rosak macam dirempuh. Aku rasa tak sedap hati, aku tanya siapa buat?

Dia kata Ayah aku langgar masa nak pergi surau tadi. Hm… mangamok la tu. Apa lagi. Kesian jiran aku dengan dia sekali kena. Malam tu aku mesej Ibu tanya apa yg berlaku. Kata Ibu, masa nak keluar dari rumah tu Ibu aku tersadung dan terjatuh. Benda tu buat Ayah mrah dan mrahnya melarut2 sampai masuk kereta dan……. BANG! Reverse lnggar pagar jiran.

Ayah aku dah 80 lebih. Amoknya tak surut dengan usia. Seumur hidup aku hadap sikap macam ni, dari orang yang paling rapat, kau rasa macam mana aku tak terkesan?

Dulu aku terpaksa buka album, tengok gambar family, nak kutip balik sisa sayang pada Ayah. Sebagai anak, tentulah aku nak sayang orang tua macam keluarga lain. Tapi, menyayangi orang tua aku terlalu sakit. Untuk menyayangi mereka aku terpaksa buang diri sendiri. Rasa benci tapi itu orang yang paling aku sayang, patut aku sayang. Why do you make it so hard to love you, dad.

Hati kecil aku harap Ibu berpisah dari Ayah. Supaya aku boleh layan Ibu sebaiknya tanpa Ayah. Tapi benda tu takkan berlaku.

Aku Hani. Ini kisah aku dengan Bapak. Entah la perangai Bapak ni gaslighting ke apa. Dalam pada tak suka, aku yang paling kuat mewarisi perangai dia. Bergelut pegang monster aku jangan keluar. Orang kata aku play v1ctim, terima kasihlah. Aku maafkan kau.

Sebab aku tahu bila kita tengah bahagia memang tak boleh faham derita orang lain. Cuma nasihat aku kalau takde benda baik nak cakap lebih baik diamlah… jangan tambah luka orang lain. Ok.

Aku seru, kita semua belajar parenting dan jadi parents yang baik… Ubah diri jadi individu yang baik, yang layak dicontohi oleh generasi baru. Anak-anak kita. Anak-anak bukan hanya mewarisi harta dan rupa, tetapi juga sikap dan jiwa kita. Bila anak buat perangai, jangan kesal. Lihat diri kita dulu apa yang tak kena. Mesti ada. Atau mungkin kita yang ego taknak buka mata.

Thanks admin kalau sudi publish tulisan aku yang panjang ni.

– Hani (Bukan nama sebenar) via iiumc via edisimedia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *