Baru-baru ini viral kerana terdapat satu perkongsian di TikTok mengenai teori bumi dan bulan mengikut pandangan Suhaimi Saad.
Dikongsikan Semula Oleh Pengguna TikTok
Meninjau di TikTok, pengguna tersebut yang menggunakan akaun penama dash_azzra berkongsikan video berdurasi lapan minit tiga puluh saat mengenai penerangan Suhaimi Saad.
Dalam video tersebut, Suhaimi berkongsikan kepada netizen mengenai teori bumi dan bulan mengikut pandangannya sendiri.
Tidak Percaya Manusia Ke Bulan
Mengikut video tersebut, terdapat satu soalan dari netizen yang bertanyakan kepada Suhaimi mengenai pandangannya terhadap manusia ke bulan.
Dalam video tersebut, Suhaimi solah-olah menafikan bumi, bulan dan awan dalam keadaan bergerak dan dia menerangkan logik disebalik pendiriannya itu.
Kalau bumi berputar, kapal terbang akan terbang dan bumi berputar… kapal terbang tidak boleh ikut bumi sebab bumi laju…
Tak logik, fikir guna otak pon tak logik. Awan awan semua tertinggal sebab bumi bergerak… jadi untuk ke bulan itu bohong.
Menerima Pelbagai Reaksi Netizen
Meninjau diruangan komen, terdapat pelbagai komen yang diberikan oleh netizen. Ramai yang tidak bersetuju dengan teori yang diberikan oleh Suhaimi Saad tersebut.
ya Allah tidurkan dia…letih dah dia berfikir
Haish rupa dan pemikiran dia sama
The head of the palataologist
Kalau saya lompat dalam bilik saya kemungkinan untuk saya landing dekat dapur rumah tu macam possible ni
Suhaimi mengakhiri penerangannya dengan menyatakan bahawa dia tidak percaya dengan adanya manusia ke bulan dan bumi dan bulan dalam keadaan berputar.
yang berjemaah. Maka semua umat Islam perlu memainkan peranan demi maslahat ummah.
Suhaimi Saad Masih Berpendirian Bentuk Bumi Adalah ‘Rata’
Bekas anggota kumpulan InTeam, Suhaimi Saad menerusi hantaran di laman Instagram nya berkongsi status bahawa dia masih berpendirian dengan bentuk muka bumi adalah ‘rata’.
Dalam kapsyen foto dirinya itu, dia beranggapan bahawa setiap orang mempunyai sifat eksklusif termasuk dirinya. Malah dia turut berpesan kepada pengikutnya untuk menjadi diri sendiri.
“tak yah jadi aaron, tak yah jadi remy, jadi je diri sendiri. setiap orang adalah eksklusif.takde orang macam aku, sebab aku flat earth” tulisnya
Giat Promosi Album
Dalam perkembangan lain, biarpun mengumumkan tidak mahu lagi menjadi penyanyi nasyid, Suhaimi kini giat mempromosikan album terbaharu kumpulannya dianggotai oleh isteri, Ina Naim dan empat anak mereka iaitu Ehmad Hadie El Fardie, 13; Sallman El Khoyri, 11; Phyrosh Ed Fadwah, 9; dan Nurlayla El Ghufrony, 7.
Menerusi hantaran sebelum ini, dia telah menerbitkan album nyanyian anak-anaknya yang memuatkan 10 lagu pendidikan Islam. Berkonsepkan lagu Acapella, album tersebut berharga RM20 sebuah dan dijual secara atas talian.
“Kami jual semual album ini melalui whatsapp”
“Semua lagu dalam bentuk acapella. Hanya RM20 untuk 10 lagu asas pendidikan islam”
“Rukun islam,rukun iman,10 malaikat,25 rasul,bulan bulan islam,solawat dan doa-doa. Whatsapp 0102769675 untuk tempahan.#laguanak” kongsinya lagi
Terdahulu, Murai.my melaporkan Suhaimi membuat keputusan untuk berundur sebagai penyanyi nasyid. Mengejutkan ramai peminat, Suhaimi turut meminta kepada orang ramai untuk tidak lagi memanggilnya dengan gelaran ustaz sebaliknya hanya cukup dengan panggilan SS ataupun Mie.
Lihat video.
Sumber : murai
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.