Umum

“Ibu bapa saya sudah mendidik saya dengan ilmu agama, Saya bertatu ni sebenarnya… “-Syazwan Zulkifly

Kuala Lumpur: Bagi menjayakan watak untuk ‘content’ filem pendek di YouTube, pelakon Syazwan Zulkifly, 34, kini tampil berani dengan lukisan tatu di kedua-dua belah tangannya.

Syazwan ditemui pada sidang media virtual drama Ada Apa Dengan Saka di TV3, berkata dia memakai lukisan tatu itu hanya disebabkan tuntutan kerjanya sebagai pelakon saja.

“Lukisan tatu yang ada pada tangan saya ini boleh ditanggalkan dan pakai untuk kerja saja. Saya ada terbabit dalam ‘content’ sebuah filem pendek di YouTube. Lagipun, saya seorang Islam dan takkan nak pakai tatu kekal pula. Memang tak buatlah.

“Saya juga ada ibu bapa di kampung yang sudah mendidik saya dengan ilmu agama. Jadi, saya tahu batasnya dan tak akan buat keputusan sesuka hati yang boleh menyedihkan mereka. Saya tetap berpegang teguh dengan Islam dan takkan membelakangkan agama,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Syazwan, lukisan tatu itu akan dibuang segera selepas urusan lakonannya selesai.

Katanya, nak buang pun tak susah kerana ia mudah hilang apabila terkena air dan digosok dengan sabun.

Ditanya juga mengenai drama Ada Apa Dengan Saka yang bergenre komedi seram itu, Syazwan berkata ia karya yang bagus tetapi menjadi ‘mimpi ngeri’ kepadanya kerana pertama kali dimasukkan ke hospital.

“Dah lama saya berlakon dan drama ini memberi pengalaman yang takkan saya lupa seumur hidup kerana dimasukkan ke hospital selama empat hari akibat jangkitan kuman di paru-paru pada Januari lalu.

“Saya tak tahu macam mana dan dari mana dapat jangkitan itu, tetapi saya mengalami sesak nafas secara tiba-tiba ketika di lokasi penggambaran. Ia nyata pengalaman buruk buat saya,” katanya lagi.

Menurut Syazwan, sepanjang usianya yang kini mencecah 34 tahun, dia memang tidak pernah dimasukkan ke dalam wad di hospital kerana sakit.

Ujarnya, pengalaman bermalam di hospital selama beberapa hari itu dirasakan amat menyeramkan.

Menerusi drama Ada Apa Dengan Saka, Syazwan melakonkan watak Madi dan berganding dengan penyanyi, pelakon, pengacara serta penyampai radio, Shiha Zikir.

Katanya, dia selesa berlakon dengan Shiha walaupun pertama kali mereka digandingkan.

Sumber HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.