KONTROVERSI kisah rumah tangga pengarah dan pelakon Syamsul Yusof bagaikan tidak berpenghujung apabila hampir setiap hari ada sahaja hal sensasi berkaitan isu hubungannya dengan isteri, Puteri Sarah.
Terbaharu, tular pula video di TikTok menunjukkan Syamsul bersama pelakon veteran, Kazar di sebuah kedai emas.
Dalam video tersebut, bapa kepada Ira Kazar itu dilihat berada di bahagian kaunter penjual melayan permintaan Syamsul untuk mendapatkan seutas gelang tangan.
Perkara tersebut lantas memicu pelbagai reaksi netizen lebih-lebih selepas Puteri Sarah menfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke atas Ira Kazar yang didakwa menjadi orang ketiga menganggu hubungan rumah tangganya.
mStar cuba mendapatkan reaksi pemilik kedai emas di Ipoh, Perak yang menjadi lokasi rakaman video tular antara Syamsul dan Kazar itu.
Bagaimanapun, wanita dipercayai pemilik kedai emas yang dikenali sebagai Rozita enggan mengulas lanjut mengenai rakaman video tersebut.
Menurut salah seorang kakitangan kedai dikenali sebagai Ruzaimi memaklumkan Rozita mendakwa mengetahui kehadiran sekumpulan kru produksi ke premis untuk melakukan sesi penggambaran.
“Puan Rozita memaklumkan bahawa dirinya tahu mengenai penggambaran itu di kedai.
“Namun harap maaf beliau tidak mahu mengulas mengenai video terbabit,” katanya kepada ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Ditanya apakah tujuan video itu dirakamkan, Ruzaimi memaklumkan dia tidak mengetahui sama ada babak itu sebagai sebahagian gimik pemasaran atau sebaliknya.
“Maaf saya tidak tahu mengenai perkara itu. Saya sendiri tiada di tempat kejadian ketika penggambaran dibuat,” jawabnya.
Menerusi tinjauan di akaun Instagram kedai emas berkenaan, ramai selebriti lain dilihat pernah mempromosikan barangan kemas di kedai sama antaranya pasangan selebriti Azad Jasmin dan Eira Syazira.
Sebelum itu, media melaporkan peguam Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadar akan meneliti rakaman video tersebut untuk mengetahui sama ada wujud pelanggaran perintah interim injunksi yang dikeluarkan mahkmah pada 24 Jun lalu.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: