Umum

Ini Pesanan Khas Najib Razak Kepada PM Ismail Sabri Selepas Dia Umumkan Tiada Pengeluaran KWSP i-Citra

Kerajaan tidak berhasrat meluluskan pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kali kedua.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelbagai kemudahan kewangan sudah diperuntukkan selain bantuan mencukupi untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Tujuan mewujudkan KWSP ini adalah untuk simpanan pada hari tua, dari segi akta KWSP memang tidak boleh dikeluarkan awal kecuali beberapa kali kita kecualikan.

“Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) menawarkan pinjaman RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun,” katanya pada sidang media di Masjid Al-Muttaqin

Ismail Sabri berkata, kerajaan bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen.

“Bagi yang mahu beli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional akan beri pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama enam bulan.

“Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, insya-Allah ia boleh membantu mangsa banjir,” katanya.

SELEPAS RAKYAT MENGELUH, NAJIB RAZAK BERI KATA KATA INI KEPADA ISMAIL SABRI

MGF10102020_TEMUBUAL-EKSLUSIF-DS-NAJIB13

Langkah kerajaan yang tidak membenarkan pengeluaran kali kedua i-Citra mendapat perhatian bekas Perdan Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib dalam kenyataannya di Facebook hari ini menggesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tidak mendengar nasihat Menteri Kewangan, Datuk Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan ketinggalan zaman PN (Perikatan Nasional). Dengarlah rintihan rakyat. Last (akhir) sekali pengeluaran khas.

“Lepas itu, fokus untuk bina balik simpanan pendeposit baki rendah dalam KWSP. Banyak caranya,” kata Najib.

Najib antara individu yang menggesa Ismail Sabri agar memikirkan seklai lagi untuk membenarkan lagi pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Semalam, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi berharap kenyataan itu bukan keputusan akhir Ismail Sabri dan Tengku Zafrul.

Asyraf secara terang-terangan meminta Ismail Sabri tidak mendengar nasihat Tengku Zafrul mengenai perkara itu.

“Usahlah dengar nasihat Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

“Alasan yang diberikan untuk menafikan pengeluaran KWSP sama sahaja dengan alasan waktu kami bersemuka dengan menteri kewangan apabila beliau mempertahankan pendirian untuk tidak membenarkannya waktu PKP 1.0 lagi,” kata Asyraf.

Ismail semalam berkata, kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan pengeluaran i-Citra RM10,000 buat kali kedua walaupun terdapat desakan politik selepas rakyat menghadapi bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

Sumber : HMETRO ONLINE / MALAYSIA GAZETTE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Continue Reading
Advertisement