Baru-baru ini Kak KM ada berkongsi video sedih semasa menghantar anak sulungnya, Nabila sambung belajar di Universiti Malaya.
Ramai yang faham dengan perasaan sebak Kak KM yang terpaksa berpisah dengn anak.
Terbaru Kak KM sekali lagi mencuri perhatian selepas memuat naik videonya sedang memasak sahur.
Katanya dia rindu dengan Nabila sambil memasak juadah sahur kesukaan anaknya itu.
“Masak sahur 4 pagi. Mama masak kesukaan akk kentang & ikan bilis masak cili. Salu akk datang ratah kentang tu. Mama tak kuat la kak…Balik laaaa anak ku@nabilamalu. Selerak habih kerja mama smua. Mama tak bole buat apa pun jadi bodo,”tulisnya sebagai kapsyen.
Di ruangan komen ramai yang turut sedih dan menasihati Kak KM supaya cekalkan hati.
Anak pergi belajar, bukan pergi mana pun kata mereka.
Walaupun selalu dikecam tapi tak dapat dinafikan ikatan cinta dan kasih sayang mereka sekeluarga memang utuh. Tak gitu?
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Baru Press
Sumber :www.dnq.pw