Umum

“Kalau Saya Jumpa Dia, Saya Akan..”- Kali Ni Awie Sound Aliff Syukri, Memang Pedas Apa Yg Dia Cakap

PENYANYI Datuk Awie berpendapat usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri perlu berhenti menyanyi kerana tindakannya itu boleh merosakkan industri muzik di Malaysia.

Menurut Awie atau Ahmad Azhar Othman, 54, adalah lebih baik jika jutawan itu memberikan dana dengan membantu industri dan penyanyi berbakat yang ada di negara ini.

“Kalau boleh tak payah buat langsung sebab dia bukan penyanyi pun.

“Kalau nak buat bagi orang profesional yang buat… kamu keluar duit sudah sebab banyak duit.

“Kalau saya diberi peluang untuk bercakap berdepan dengan dia, saya akan cakap… please stop!” katanya kepada mStar.

Awie diminta mengulas mengenai MV kontroversi itu semasa sidang media supertele Rebel yang diadakan di Spoon Steakhouse, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Bercakap mengenai Rebel, supertele arahan Awie ini dijangka memulakan penggambaran selepas Aidilfitri ini.

Antara barisan pelakon dalam supertele ini ialah Ben Amir, MK K-Clique dan Shiqin Kamal.

‘Saya mohon maaf, jangan kaitkan keluarga saya’ – Aliff Syukri

Cyberjaya: Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman meminta semua pihak tidak mengaitkan ahli keluarganya dalam isu video Aidilfitri mencolok mata yang dilakonkannya baru-baru ini.

Beliau juga turut memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

“Saya memohon maaf kepada masyarakat yang tersinggung dengan lagu, video dan saya nak minta maaf banyak-banyak.

“Saya memohon supaya jangan babitkan keluarga saya, mak saya. Mak saya sedang mengerjakan umrah.

“Jangan salahkan isteri saya kerana dia tidak bersalah. Jangan salahkan bonda, bonda tidak bersalah,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) di sini, hari ini.

Terdahulu, Aliff Syukri yang tiba di SKMM pada jam 9.58 pagi hari ini, memberi keterangan hampir lima jam bagi membantu siasatan berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri yang dikaitkan dengan unsur bertentangan norma dan budaya tempatan.

Aliff Syukri berkata, beliau berterima kasih kepada SKMM dan beliau sudah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata, satu kertas siasatan dibuka mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata.

Ini bukan kali pertama Aliff Syukri terpalit dengan kontroversi berikutan beliau pernah tampil dengan satu klip video muzik bertajuk ‘Bobo di mana?’ pada 2018 yang memaparkan dua individu transgender berpakaian mencolok mata.

Tindakan itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk ibunya sendiri, juga seorang usahawan, Rozita Ibrahim.

Sumber: mstar dan metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement