Umum

“Kamu nak buat d0sa silakan..Tapi..”- Ust Kazim Beri Amaran Kpda Ifa Raziah, Elyana, Baby Shima Aliff Syukri

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri buntu apabila setiap gerak-geri yang dilakukan akan menerima kec4man daripada netizen.

Menurut penceramah bebas Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, dia menyatakan ramai orang yang sayang terhadap Aliff justeru perihal dirinya sentiasa diambil berat

“Mungkin itu tanda orang sayang kepada Aliff, sentiasa ambil berat pasal dia. Selalunya apabila orang kisah pasal kita, dia akan selalu sebut.

“Di sebalik kec4man tadi, jika Aliff seorang yang ikhlas dan jujur. Walaupun sering terima hent4man, kalau kita reda dan maafkan dia, pahala dapat kat kita.

“Sebab itu kadang-kadang kita buat cerita yang memang minta untuk dikec4m. Ini bukan pasal Aliff la,” katanya sambil ketawa.

Tambah Ustaz Kazim, dia berpendapat sebaiknya Aliff menyerahkan segala kec4man yang diterima itu kepada Allah dan menggantikannya dengan kebaikan.

“Sekarang Aliff boleh buat pilihan, niat yang baik dan ikhlas. Kalau ada lagi yang masih menghent4m, kita serahkan kepada Allah.

“Kita gantikan kec4man dengan kebaikan. Insya-Allah apabila kita baik, kebatilan akan pergi, kebenaran akan datang. Itu yang Aliff perlu yakin,” katanya lagi.

terdahulu, usahawan sensasiDatuk Seri Aliff Syukri kembali muncul dengan lagu terbaru berjudul Baby Sayang, namun kali ini tampil bersama penyanyi kontroversi Baby Shima.

Berkongsikan video bagi mempromosikan lagu terbarunya itu, Aliff dilihat sedang ghairah menari bersama Shima.

Lebih mengejutkan ramai, Baby Shima tampil dengan hanya memakai seluar pendek sehingga menampakkan sebahagian peha yang dianggap keterlaluan.

Perkongsian video itu ternyata mengundang kecaman ramai yang menyifatkan kedua-duanya seolah tidak serik terpalit dengan kontroversi.

Diruangan komen, ada yang mengatakan Shima seperti pelakon lucah di dalam video tersebut. Tidak kurang juga, ada yang memberi teguran agar kedua-dua mereka bertaubat.

Mungkin sedar video tersebut dikecam teruk, selepas beberapa jam dimuat naik Aliff bertindak menutup ruangan komen perkongsian berkenaan.

Isu Ifa Raziah..

Penyanyi dangdut, Ifa Raziah berpendapat, pendakwah tidak seharusnya bersikap memilih bulu, sebaliknya perlu adil dalam memberikan teguran untuk kebaikan semua pihak.

Ifa berkata, dia keliru apabila segelintir pendakwah begitu lantang memberikan teguran atau komen melibatkan isu selebriti, namun berdiam diri ketika kontroversi menerpa rakan seperjuangan mereka.

Katanya, sebagai pendakwah, mereka seharusnya mengajak orang melakukan kebaikan dan tidak memilih bulu apabila menegur serta menyampaikan ajaran Islam.

“Apabila ada isu tular melibatkan selebriti, laju saja beri komen seolah-olah saya ini penjenayah dan pembunuh. Tetapi, apabila  ada pendakwah yang buat hal, senyap pula.

“Langsung tiada sebarang ulasan mahupun tarbiah yang dikeluarkan di media sosial mereka. Saya hairan mengapa ada sikap prejudis seperti ini.

“Jika ada niat nak berdakwah, janganlah pilih bulu. Buatlah secara menyeluruh. Itu baru betul dakwah yang sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ifa, baru-baru ini dikecam ramai, termasuk ditegur pendakwah kerana mempertahankan tindakannya bergelek ketika membuat persembahan.

Penyanyi itu berkata, gelekan itu yang membawa rezeki sehingga ada pihak yang sanggup membayar puluhan ribu ringgit untuk sebuah persembahan.

Dalam pada itu, Ifa berkata, sebagai hamba Allah, dia juga berusaha menjaga hubungan dengan Tuhan. Meskipun dipandang hina manusia, Ifa sentiasa berusaha memperbaiki amalan sebagai bekalan pada kemudian hari.

“Tiada siapa yang tahu kedudukan kita pada mata-Nya. Mereka bercakap seolah-olah duduk serumah dengan saya. Mereka ingat saya free hair, saya tak solat.

“Memang amalan kita tak perlu tunjuk, tapi saya muat naik juga rakaman saya mengerjakan solat sebab geram sangat. Orang kata saya cabar Tuhan, saya ahli neraka. Tapi, saya tidak lupa solat sebaik saja masuk waktu. Saya ingat Allah,” katanya.

Sementara itu, ditanya adakah dia akan memaafkan mereka yang selama ini terus menerus mengecam serta menghinanya Ifa menjawab;

“Maafkan? Tidak. Sekolahkan mereka balik pun tidak. Tunggulah di Padang Mahsyar nanti.”

Lihat video:

Sumber: gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Continue Reading
Advertisement