Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial apabila seorang pegawai wanita membuat ‘live’ di Tiktok semasa sedang menjalankan operasi serbuan kelab malam.
Rata-ratanya mempertikai etika kerjanya sehingga akhirnya video tersebut sampai ke pihak atasan, termasuklah Timbalan Ketua Polis Negara.
Pegawai pertikai hukuman dipindahkan?
Selepas dimaklumkan pegawai terbabit akan dipindahkan, tular pula gambar tangkap layar pengakuan dirinya mengaku tidak bersalah.
Difahamkan, pengakuan tersebut tular di aplikasi Telegram dan kemudiannya dikongsikan semula oleh portal Kaki Viral Terkini di Facebook.
Bandingkan dengan siaran TV lain
Ujarnya, tujuan ‘live’ dibuat tidak lain hanya ingin menarik pengikut di Tiktok sekaligus mempromosikan bisnes kecilnya.
Justeru itu, dia turut mempersoal kewajaran pihak atasan menghukumnya, sedangkan ada sahaja siaran TV lain juga berbuat perkara yang sama.
“Kenapa TV3 999 boleh ‘live’ masuk tv siaran langsung, satu dunia melihat sewaktu membuat serbuan dan lain-lain.”
“Jikalau JIPs ingin mengambil tindakan terhadap saya, kerajaan juga perlu ambil tindakan atas siaran TV dan program-program ‘live’ tentang serbuan polis baru adil”
Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sejauh mana kesahihan gambar tangkap layar tersebut.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara iaitu Datuk Razarudin memaklumkan bahawa pihaknya telahpun mengambil tindakan ke atas pegawai wanita itu.
Difahamkan, pegawai terbabit yang dahulunya daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dengan menyandang tugas sebagai ASP Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) di UiTM (INDUK).
Sumber: Redaksi
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: