Kuala Lumpur – Biarpun sudah sembilan isteri tercinta, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pergi menghadap Ilahi namun pelawak Shuib akui masih sukar untuk dia moveon ke hadapan.
Ketika ditemui, Shuib menyatakan luaran diri nampak kuat namun hakikatnya dia masih terl.uka dengan kehilangan a.rwah.
Kata pemilik nama pemilik nama Shahmira Muhamad, perasaan itu ada pasang surut bagaimanapun dia yakin satu hari nanti keadaan akan kembali pulih.

Turun naik itu ada. Ada masa kita kuat, bangun pagi rasa best ja. Saya tak reti nak cakap moveon tu macam mana. Padahal dah sembilan bulan.
Macam waktu saya balik kampung haritu. Dada rasa lapang dan happy tengok anak-anak berpuasa di sana. Dalam masa sama, saya ajak juga kawan-kawan di Kuala Lumpur untuk turut bersama.
Semuanya okey, semuanya happy. Tapi bila saya balik semula ke sini, langkah ke pintu rumah, dia jadi autoingat pada a.rwah. Semua datang macam mana hari pertama kehilangan dulu.
Mungkin begitulah. Ada masa okey, ada masa tak okey. Bila kita teringat dekat dia, kita sedekahkan Al-Fatihah dan mengaji untuk dia. Jadi, hadap saja, insya-Allah mesti okey nanti.
Dalam pada itu, usahawan terkenal ini risau akan terus h.anyut dibawa perasaan sedangkan dia masih ada tanggungjawab dengan empat orang cahaya mata yang masih kecil.
Ikhtiar sendiri juga untuk lalui semua ini. Memang saya akui terbawa-bawa takut terlarut dalam rindu. Sedangkan perjalanan anak-anak masih jauh.

Tanggungjawab saya pada mereka besar. Jadi, bagi saya, baik saya tidak terus layan perasaan dan beri perhatian penuh pada anak-anak.
Pukul Dua Pagi Minta Masak Makan
Tadi lalu di wall saya ni. Tiktok Shuib. Dia cerita tentang satu kisah. Masa tu a.rwah Siti Sarah masih ada. Tengah s.arat mengandung.
Menjadi kebiasaan Shuib buatkan makanan untuk arwah jam 11-12 malam macam tu.
Tapi hari tu jam 2 ke 3 pagi gitu, arwah kejut Shuib dan kata dia lapar. Dia minta nasi. Lauknya nak telur mata dan kicap. Shuib penat. Dah jam 2 pagi. Lagipun esok dia ada kerja. Tapi Sarah merayu kata dia teringin.
Akhirnya Shuib buat juga. Walaupun dalam keadaan m.arah. Dan masa dia baring semula nak tidur tu, dia nampak Sarah makan. Selera sungguh. Walau cuma berlaukkan telur kicap.
Jadi Shuib kata dia rasa terkilan sebab term.arah walau dalam hati. Tapi mujur dia buat jugak. Jika tidak tentu dia akan lebih terkilan lagi.
Dan dia pesan. Selama mana boleh buat baik dengan orang keliling, buatlah baik dengan cara terbaik. Terutama orang yang kita sayang. Sebab kita tak tahu bila orang itu akan pergi tinggalkan kita. Buatlah dengan sehabis ikhlas.
Buat baik pada orang terutama ahli keluarga sendiri kesannya bukan pada orang tu pun. Tapi pada diri kita sendiri juga. Supaya kita puas hati bagi sepuas hati apa yang kita boleh selama kita boleh.
Supaya kita takda rasa apa-apa kekurangan dan penyesalan sebab tak sempat buat kebaikan saat dia perlu. Dan saat kita mampu.

Buat benda macam ni kadang masa nak buat tu memang penat. Lagi-lagi kalau kita sendiri pun tengah tak larat. Tapi penat lagi bila tak sempat buat. Penat yang lebih mendalam. Dan lebih lama.
Terdahulu, Allahyarham Siti Sarah mening.gal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dij.angkiti vi.rus C.0vid 19.
Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia tujuh bulan.
video
Kredit : SSY/FB/OB
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.