Umum

Mawar Kecewa Melihat Anak Bersendirian Ketika Fizo Dan Isteri Bawa Bercuti, Lihat Apa Yang Terjadi

Pelakon lelaki Fizo Omar membawa seisi keluarganya bercuti ke Legoland, Johor untuk beriadah dan beristirahat. Perjalanan percutian itu dikongsikan Fizo dalam hantaran di akaun Instagram miliknya sejak malam kelmarin.

Namun apa yang menarik perhatian ketika percutian tersebut adalah, bekas isteri Fizo iaitu Mawar Karim memuat naik sesuatu di Instagram (IG) Storynya. Dia meluahkan rasa terkejut melihat foto Maryam seperti sedang dibiarkan duduk berseorangan pasa satu ketika.

Indah khabar dari rupa

Menerusi Instagram Story Mawar, usahawan ini dilihat memuat naik foto anaknya ‘keseorangan’ ketika berada di Legoland. Menurut Mawar, dia tidak mampu meluahkan apa-apa perkataan tatkala melihat foto Maryam ‘bersandar’ di satu sudut seorang diri. Tambahnya, dia tidak terfikir bahawa anaknya itu tidak mempunyai rasa takut.

Bukan itu sahaja, Mawar turut menyatakan bahawa anak perempuan tidak pernah tinggal berasingan dengan ibunya, tidak kira berapa jauh jarak antara mereka. Mawar turut meletakkan tanda pagar ‘indah khabar dari rupa’ di posting berkenaan. Menerusi kapsyen dan tanda pagar tersebut, rata-rata netizen mendakwa Mawar merasakan Maryam tidak gembira sewaktu bercuti bersama Fizo dan isterinya, Fazeera. Di samping itu, kapsyen Mawar seolah-olah memberi gambaran bahawa dia dan Maryam tidak boleh hidup berasingan walau apa jua keadaan.

Sosial media dan kehidupan sebenar

Selepas memuat naik posting yang pertama, Mawar dilihat memuat naik posting kedua beserta kapsyen ‘media sosial vs kehidupan realiti’. Tidak dapat dipastikan apa yang ingin disampaikan oleh Mawar, namun ianya dikatakan berkait rapat dengan perkongsian terdahulu berkenaan percutian anaknya ke Johor.

Mawar juga meletakkan tanda pagar indah khabar dari rupa serta membandingkan kehidupan media sosial dan kehidupan sebenar. Apa yang menimbulkan tanda tanya adalah, IG Story itu seperti ditujukan kepada pihak Fizo kerana memuat naik foto Maryam ketika sedang bercuti.

Kakak Fizo ‘Balas’ Balik

Namun, menerusi akaun Instagram kakak kepada Fizo, dia seakan-akan ‘membalas’ dakwaan Mawar mengenai salah faham tersebut dengan mengatakan tidak mungkin mahu meninggalkan budak kecil berseorangan.

“Most of the ride kat Legoland ni utk budak2. So these are our VVIP yg nak kena dijaga. Eh takkan lah nak tinggal pulak..” katanya.

Sebelum ini Mawar pernah memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang.

“Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.

Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian netizen juga adalah Fazeera kini seperti sedang hamil kerana menerusi ruangan komen pada foto percutian mereka, netizen bertanya ‘baby bump’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

Fizo dan Fazeera berkahwin pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Terdahulu, Fizo pernah bernikah dengan usahawan Mawar Karim namun bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia lima tahun.

Lelaki perlukan perempuan – Fizo Omar

DARI raut wajah dan setiap kerlipan matanya sahaja, lelaki dengan nama lengkap, Wan Hafizol Wan Omar, 36, itu terlihat bahagia.

Dia bahagia menjawat peranan suami buat kali kedua. Dia juga bahagia kembali mempunyai isteri selepas dua tahun hidup ‘menduda’.

Ungkap Fizo, sekitar sebulan bergelar suami kepada Fazeera Nazri Aziz, 25, banyak perihal yang dipelajari, terutama dalam bab menguruskan bahtera rumah tangga.

“Alhamdulillah. Dua tahun duduk dalam ‘showroom’ lama sangat, baru sebulan lebih kahwin, saya rasa ada orang jaga. Itu satu. Kemudian, rasa seronok apabila ada tulang belakang.

“Sebagai seorang lelaki, berjaya macam mana sekalipun, kaya macam mana sekalipun, saya percaya, kita tetap perlukan perempuan. Tak payah sombong, tak payah berlagak,” katanya saat ditemui penulis di FV ATV Park, Bidaisari Resort, Janda Baik Isnin lalu.

FIZO mengakui, realitinya, semua lelaki sangat memerlukan kehadiran seorang wanita dalam kehidupan.

Sumber: kisahbena.com

Continue Reading
Advertisement