Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengumumkan pelitup muka bukan perubatan perlu mendapat perakuan SIRIM bermula 4 Julai ini.
Difahamkan, kerajaan telah bersetuju untuk menunda penguatkuasaan pewartaan perakuan standard pelitup muka ini selepas mengambil kira maklum balas dari orang ramai.
Selepas pengumuman itu, hangat diperkatakann mengenai isu pelitup muka yang perlu mempunyai cop SIRIM, difahamkan lebih selamat digunakan, berkualiti dan mematuhi standard bagi pengguna.
Malah seorang pengasas pelitup muka terkenal juga ada mendakwa undang-undang tersebut adalah demi membenteras pelitup muka ‘hauk’ yang ada di pasaran.
Review pelitup muka murah.
Susulan itu, seorang lelaki yang juga merupakan pengguna TikTok dikenali sebagai Abdullah Jamadi mengulas akan pelitup muka bernilai RM2 yang dibelinya di pasaran.
Rakaman Video ada di Bawah Sekali
Dalam video tersebut, dapat dilihat lelaki berkenaan berulang kali menarik tali pelitup muka tersebut sambil menyebut ‘oh kuat’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat lelaki berkenaan yang seolah-olah memerli seseorang. Malah, mereka juga mengakui bahawa pelitup muka murah lebih tahan lasak berbanding yang mahal.
Murah tapi berkualiti
Lepas pakai buang juga
Terbaik ‘review’ ni
Kualiti tak macam kedai sebelah
Rakaman video:
Review pelitup muka RM2 pic.twitter.com/cv6o3Flzn5
— Superkiram (@Superkiram1) April 11, 2022
Sumber: Redaksi