Semalam, tular di media sosial mengenai kisah pembukaan sukan permotoran di penganjuran Grand Prix Indonesia di Litar Jalanan Antarabangsa Pertamina Mandalika setelah penganjur dikatakan menjemput pawang atau bomoh hujan untuk membantu memulihkan cuaca agar perlumbaan dapat dijalankan selepas mengalami hujan yang lebat di kawasan tersebut.
Menurut sumber, bomoh hujan yang dikenali sebagai Rara Wulandari dikatakan seorang bomoh hujan yang dicadangkan oleh Erick Thohir yang merupakan Menteri Badan Usaha Milik Negara kerana seringkali terlibat secara langsung pada setiap acara yang dihadiri oleh Presiden Indonesia, Jokowi Widodo.
Namun, sebaik sahaja ritual yang kononnya hendak mengelak cuaca bermula, permukaan jalan litar MotoGP Mandalika telah disambar kilat.
Menerusi video yang dimuatnaik, panahan kilat dilihat berlaku di litar tersebut sehingga mengejutkan orang ramai dan pelumba.
Bunyi dentuman yang kuat dapat kedengaran setelah kilat ‘menyambar’ litar itu di dalam video yang tular itu.
Padah melawan kuasa Tuhan
Ritual yang melibatkan persembahan yang dikelilingi oleh parit air, ketulan ais dan abu kayu itu sememangnya adalah perbuatan syirik dan menyekutukan Allah itu telah mengundang perasaan marah netizen.
Kalau betul2 hebat takkan hujan
Tidak kurang juga ada warganet yang berpendapat sekiranya bomoh itu benar-benar hebat, hujan tidak akan turun pada hari kejadian dan begitu juga dengan kilat.
Mengerikan
Selain itu, terdapat juga warganet melahirkan perasaan takut dan seram sebaik sahaja menonton video terbabit.
Menurut laporan, perlumbaan yang sepatutnya berlangsung pada jam 3 petang kelmarin itu terpaksa ditangguhkan.
Memetik laporan Detik, kenali bomoh hujan ini.
Rara atau nama sebenarnya Raden Roro Istiati Wulandari, lahir di Papua pada 22 Oktober 1983. Rara berdarah jawa dan kini menetap di Bali.
Mempelajari ilmu menjadi pawang hujan semenjak dirinya berusia 9 tahun, Rara akan membawa alat-alat khusus miliknya sepanjang ritual ‘hentikan’ hujan berlangsung.
Rara cukup terkenal dan sering diundang bagi ‘menghentikan hujan’ di acara-acara besar di Indonesia. Antaranya adalah program vaksinasi nasional, kempen pilihan raya Jokowi dan pembukaan Asian Games 2018 di Jakarta-Palembang.
Menjadi bomoh hujan di MotoGP, Rara menerima bayaran cukup lumayan! Dia mendapat hampir ratusan juta rupiah (RM300,000) sepanjang tempoh 21 hari bekerja.
Sumber : Twitter @MotoGP
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni