SIKAP pemurah Mohd Kosim sepanjang mengusahakan bisnes Burger Boy pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Hari ini, ramai kenalan serta para pelanggan berdukacita apabila menerima berita kematiannya menerusi media sosial.
“Dengan dukacitanya saya ingin maklumkan bahawa sahabat seperjuangan saya Mohd Kosim atau Adam Burger Boy telah kembali Rahmatullah.
“Saya memohon kepada semua sahabat-sahabat sedekahkan Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan orang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah,” tulis Muhammad Jeffrey menerusi Facebook Warga Kota Damansara.
Jenama Burger Boy tidak asing lagi khususnya dalam kalangan penduduk Kota Damansara dan sekitarnya, malah sikap pemurah Allahyarham terutama ketika negara dilanda pandemik turut menjadi bualan ramai.
Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mohd Kosim memberikan 100 burger percuma setiap hari kepada insan-insan yang memerlukan walaupun perniagaannya sendiri terjejas.
“Tak ada duit nak makan burger time PKP ni, jangan malu jangan segan mari kedai saya Burger Boy. Makan la sampai kenyang. Anda adalah saham akhirat saya. Saya ikhlas saya tak sembang kosong.
“Mari kedai bagitahu saya atau staf-staf saya kalau tak ada duit, makan je. Allah dah bayar,” itu antara ayat yang pernah diungkapkannya sebelum ini.
Malah, Allahyarham juga pernah menawarkan burger percuma buat rider penghantar makanan di sekitar Kota Damansara pada tahun 2021.
“Kepada semua rider Kota Damansara, yang mana nak makan burger secara percuma, hari ni saya belanja rider-rider Kota Damansara.
“So yang mana rider-rider Kota Damansara nak makan burger, boleh datang Burger Boy, Pju 5/3 Kota Damansara, bersebelahan dengan AmBank Kota Damansara.
“Percuma untuk rider-rider Kota Damansara. Jangan malu jangan segan, datang ambil. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dunia dan akhirat, InsyaAllah,” ujarnya pada 10 Ogos 2021.
Semakan di Facebook mendapati ramai pelanggan dan netizen turut menitipkan doa dan ucapan takziah atas pemergian Mohd Kosim.
Malah, ramai yang turut memuji sikap baik hati dan budi pekertinya sepanjang menjalankan bisnes.
“Moga Allah ampunkan dosa arwah. Sangat baik orangnya. Moga syurga tempatnya.
Allahyarham juga pernah mengagihkan burger percuma buat wartawan mStar.
“Walaupun hanya beli di kedai arwah sekali, tetapi kebaikannya membuat kita terasa bila arwah pergi. Beruntung arwah ramai yang mendoakannya.
“Pernah beberapa kali membeli burger beliau. Layanan yang baik, anak-anak buah (pekerja) pun dilatih melayan pelanggan dengan sopan.
“Salam takziah untuk seluruh keluarga beliau. Orangnya baik dan ramah setiap kali berurus niaga,” tulis beberapa netizen.
Untuk rekod, Allahyarham juga pernah menghantar burger percuma untuk dinikmati seluruh kakitagan mStar pada 17 April 2020.
Sumber : MSTAR ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut: