Umum

“Pernah Viral Cer4i Talak 3 Melalui Facebook”- Akhirnya DJ Wong Dan DJ Sal Kembali Bersama

Sungai Petani: Selepas hampir tiga bulan menyepi, pasangan DJ Wong dan DJ Sal yang pernah mencetuskan kontroversi kerana kisah kehilangan dan perceraian mereka kembali bersiaran secara dalam talian di Facebook (FB) sejak malam kelmarin.

Kemunculan secara langsung pasangan terbabit menerusi FB ‘Sal Bollywood’ itu menimbulkan pelbagai persoalan terutama buat peminat berikutan beberapa kontroversi yang terpalit dalam hubungan mereka.

Terdahulu, DJ Sal, 43, malam kelmarin membuat pengumuman secara langsung dalam FB yang meminta peminat menantikan kemunculan tetamu istimewa jam 10 malam.

Teka-teki tetamu undangan terbabit yang dianggap sebagai satu kejutan buat peminat akhirnya terjawab apabila lelaki berkenaan yang tampil sedondon berpakaian serba hitam dengan DJ Sal adalah suaminya iaitu DJ Wong.

Kemunculan pasangan itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat mereka sendiri dengan ada antara mereka gembira dengan hubungan yang kembali bertaut semula malah ada juga yang pelik kerana status suami isteri berkenaan.

Menjelaskan perkara berkenaan DJ Sal berkata, dia sudah merujuk isu yang timbul antara mereka termasuk ahli keluarga sendiri dan bijak pandai agama yang kemudian memaklumkan apa dilafazkan suaminya sebelum itu tidak sah.

“Selain diri saya yang ketika itu sedang ‘uzur’, keadaan suami juga tidak dalam keadaan berfikiran secara waras sehingga memaksa dia melafazkan cerai terhadap saya.

“Banyak kisah berlaku dalam perhubungan kami namun saya terpaksa mengunci mulut kerana perlu menjaga hati ramai pihak selain ia terlalu peribadi untuk dikongsi secara umum,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ditanya sama ada kontroversi sebelum ini sengaja dicipta untuk meraih populariti atau publisiti demi kerjaya, DJ Sal berkata mereka berdua bukan insan terlalu terdesak berbuat demikian untuk mencari rezeki.

“Ada yang mendakwa semua yang berlaku sebelum ini hanya gimik namun ingin saya tegaskan kami tidak sesekali akan mempertaruhkan hubungan dalam rumah tangga semata-mata untuk meraih populariti.

“Biarlah apa saja orang mahu cakap namun hanya kami sendiri, ahli keluarga dan sahabat yang lebih mengetahui apa sebenarnya berlaku selama ini,” katanya yang berterima kasih dengan keluarga kedua-dua pihak yang banyak memberi sokongan moral dan merestui kembali hubungan mereka.

Menurutnya, dia dan suami kembali tinggal bersama sejak Aidilfitri lalu dan DJ Wong pulang ke rumah mereka dalam keadaan keliru selepas tiga hari melafazkan cerai melalui rakaman video di FB

“Suami ketika itu peluk dan menangis sambil memberitahu yang dia sebenarnya dalam keadaan keliru dan tidak dapat berfikir secara waras.

“Malah, selepas kejadian itu suami memberitahu yang dia semakin sayang kepada saya dan harap orang ramai beri peluang kepada kami untuk menyelesaikan beberapa isu,” katanya yang mengakui DJ Wong masih menerima rawatan secara perubatan Islam.

April lalu, DJ Wong dilaporkan ‘ghaib’ ketika berada di rumah mereka di Taman Ria Mesra 2 sebelum lelaki berkenaan muncul bersiaran secara langsung melalui FB dan melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya seminggu selepas kehilangannya.

terdahulu,
DJ Wong tak hilang, lafaz cerai talak tiga terhadap DJ Sal

Misteri kehilangan DJ Wong sejak tujuh hari lalu terungkai apabila lelaki terbabit muncul bersiaran secara langsung melalui Facebook (FB) tengah malam tadi dengan berbaju Melayu biru muda.

Dalam siaran langsung yang berdurasi 15 minit itu, DJ Wong atau nama sebenarnya, Noor Aziz Johari, 53, meminta maaf dan bersumpah di hadapan al-Quran.

Dia menyatakan yang dia sihat serta selamat dan meminta semua pihak menghentikan pencarian namun tidak mendedahkan lokasi sebenar keberadaannya.

DJ Wong yang sesekali kelihatan menangis kemudian mendedahkan yang dia keluar rumah dengan kerelaan hati kerana berdepan masalah peribadi dengan isteri yang dikenali sebagai DJ Sal.

Dia turut memanjatkan rasa syukur kerana walaupun hanya berbekalkan RM2.70 serta telefon bimbit, namun dia masih sihat dan dapat berbuka puasa di tempat yang selamat.

Lelaki terbabit pada akhir siaran langsung turut melafazkan cerai talak tiga terhadap isterinya dan mengumumkan kepada pengikutnya yang dia tidak akan muncul lagi di FB selepas ini.

DJ Wong dikatakan menghilangkan diri selepas keluar melalui pintu belakang rumahnya di Taman Ria Mesra 2 di sini, jam 9.30 malam Rabu lalu.

Kehilangannya itu menimbulkan persoalan kepada peminat dan juga ahli keluarga kerana dia dikatakan keluar sehelai sepinggang selain telefon bimbit dimatikan.

Sementara itu, DJ Sal yang turut membuat siaran langsung di FB menyifatkan lelaki terbabit sebagai dayus berikutan tindakannya menghilangkan diri dan melafaz cerai terhadap dirinya secara langsung di FB.

DJ Sal juga berulang kali menyatakan yang dia enggan mengaibkan lelaki terbabit dan hanya meminta DJ Wong menunggu urusan selanjutnya di mahkamah.

Pasangan itu sebelum ini aktif bersiaran secara dalam talian di FB ‘DJ Wong And Sal Bollywood’ yang kini mempunyai hampir 100,000 pengikut.

Sumber: Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement