Umum

Rak4m4n Bap4 M3ntua Aj4r M3n4ntu Ckup2

Bapa Mentua ‘Ajar’ Menantu Kaki Pukul Isteri

Selain ibu, ayah merupakan lelaki pertama yang hadir dalam hidup seorang gadis sekaligus menjadi penyeri dalam kehidupan dan menjaganya sepanjang masa tanpa mengenal erti penat.

Ada juga yang berkata, kebiasaannya semasa kecil, anak gadis akan lebih rapat dan manja dengan ayahnya berbanding ibu. Oleh sebab itu, kasih sayang pada ayah tidak pernah hilang walaupun sudah dewasa.

Mana-mana ayah yang baik pasti akan melayan anak perempuannya seperti seorang puteri. Jika puterinya disakiti, mesti dia juga akan terasa lukanya dan  akan melakukan apa sahaja untuk melindungi anak perempuannya.

Sebelum ini, tular di media sosial satu rakaman video di mana seorang lelaki tua membelasah seorang pemuda sehingga mulut dan hidungnya berdarah.

Rakaman Bapa Mentua ‘Ajar’ Menantu Cukup-Cukup

Menurut akhbar China Press lelaki tua itu dipercayai bapa mentua kepada pemuda tersebut dan punca dia dipukul kerana telah mendera isterinya, yang juga merupakan anak kepada lelaki tua berkenaan.

Menerusi video itu, kedengaran si bapa berkata, “Saya besarkan anak perempuan saya sejak dia kecil sampai dewasa hanya untuk didera oleh kamu? Saya dah beri amaran kepada kamu beberapa kali, saya izinkan awak mengahwini anak saya tetapi awak layan dia begini?!

Rakaman Bapa Mentua ‘Ajar’ Menantu Cukup-Cukup

Ketika kejadian itu berlaku, kelihatan si bapa memegang rotan sambil ditemani beberapa rakannya bertujuan untuk mengajar menantunya itu.

Si bapa kemudiannya mer0tan dan menendang menantunya yang tidak melawan sebaliknya hanya menahan pukulan itu dengan kedua-dua belah tangannya.

Sebelum ini, menantunya bukan sahaja mengabaikan tanggungjawab sebagai suami malah turut mendera isterinya.

Rakaman Bapa Mentua ‘Ajar’ Menantu Cukup-Cukup

“Buat apa kamu minta maaf pada saya? Bila kamu pu.kul anak saya, ada kamu cakap minta maaf? Kamu ingat saya akan biarkan hal ini macam ini je? Kamu tahu tak apa kesilapan kamu? Nampak macam kamu langsung tak takut pada saya eh? Kalau kamu pandai sangat pu.kul orang, bangun dan pukul saya sekarang. Bangun! Pukul saya sekarang!” kata bapa mentuanya.

“Kalau ibu bapa kamu tak reti mengajar kamu, biar saya yang ajar kamu. Kamu tahu tak yang ibu bapa kamu datang merayu pada saya?” katanya sebelum meninggalkan menantunya itu di tepi jalan.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di Kuching, Sarawak, namun daerah dan tarikh spesifik kejadian tidak diketahui.

Semoga tindakan seorang bapa mentua ini dapat menjadi pengajaran kepada ibu dan bapa di luar sana, pertahankanlah anak sendiri yang disalah laku, dipukul, didera suami jika terbukti anak sendiri di pihak yang benar.

Diharapkan lelaki tersebut juga sudah mendapat pengajaran dan berubah ke arah yang lebih baik.

Lihat Video :

Sumber : [S4ys] [L0bakmer4h]