Umum

Ramai Tak Puas Hati Bila Pingat EMAS Ziyad Di Tarik Balik. Ini kata2 padu dari Najib dan Dato Hattan

Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan.

“Ini adalah keputusan yang memalukan. Ia adalah aib yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah kelewatan di call room, sepatutnya anda tidak boleh benarkan mereka bertanding di tempat pertama.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dicuri,” katanya di Twitter hari ini.

Khairy membuat kenyataan tersebut bagi membalas ciapan Twitter milik Paralympic Games yang memaparkan keputusan terkini acara lontar peluru berkenaan.

Dalam keputusan tersebut, jelas pingat emas dan perak telah diserahkan kepada dua atlet Ukraine, manakala pingat gangsa jatuh kepada atlet Jerman.

“Tak Adil Langsung” Kata Najib

“Medan perang atlet-atlet di gelanggang.

“Kebolehan dan prestasi mereka ditentukan di sana.

Bukan kat call room.

Atlet-atlet berlatih setiap hari untuk bersaing dan meraih pencapaian di kejohanan-kejohanan.

Ada yang hanya diadakan beberapa tahun sekali.

Ini sukan. Bukan ujian SOP.

Tak adil langsung.

“KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap tiga negara amat lemah. Ketiga-tiga sedang counter protest. Doakan,” tulis Faizal.

“Update terbaru Tokyo – Protest submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dato Hattan juga menyuarakn ketidak puasah hati susulan penarikan balik emas tersebut dari pihak penganjur hanya kerana masalah teknikal.

Paralimpik Tokyo 2020: Bantahan Malaysia dibawa ke mesyuarat CDM pagi esok – Ahmad Faizal

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan buat masa ini, keputusan penganjur mengenai pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli, masih tidak berubah.

Bagaimanapun, katanya bantahan daripada Kontinjen Malaysia, Australia dan Ecuador akan dibawa ke Mesyuarat Chef de Mission (CDM) pasukan bertanding, pagi esok.

“Protes drpd Ukraine masih diterima. Counter protest drpd 3 negara akan dibawa ke mesy CDM esok pagi. Kita pertahankan!! Mohon doa rakyat Msia,” katanya dalam laman Twitter sebentar tadi.

Terdahulu, beliau memaklumkan bantahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas Ziyad sudah dihantar kepada penganjur.

Katanya, pegawai Kontinjen Malaysia menyertakan semua bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bilik menunggu (call room).

“Update terbaru Tokyo – Protest submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya sebentar tadi.

Beliau turut memberi gambaran Malaysia mungkin masih mempunyai harapan mendapatkan kembali pingat berkenaan kerana protes yang dilakukan atlet Ukraine amat lemah.

Ziyad sebelum ini secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.

Kemenangan beliau bagaimanapun dibatalkan selepas atlet Ukraine, Maksym Koval, membuat bantahan.
Kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

SUMBER