Umum

Sah Bernikah Dengan Jejaka Inggeris, Ini Profil Dan 10 Fakta Menarik Dr. Amalina Yang Ramai Tak Tahu

Pelatih pakar bdah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihan hati di London, United Kingdom (UK) pada 31 Mac lalu.

Dr Amalina berkongsi berita gembira itu menerusi laman sosial Instagram beliau hari ini.

Menerusi entri itu, Dr Amalina berkongsi dua foto bersama suaminya yang juga seorang jejaka Inggeris.

Selain itu Dr Amalina memaklumkan majlis akad nikah mereka diadakan di London Central Mosque selepas tiga kali majlis terpaksa ditunda akibat perintah berkurung.

” Kami lega kerana berjaya melakukan majlis ringkas yang dihadiri ahli keluarga dan rakan terdekat (hanya enam tetamu seperti peraturan pihak berkuasa UK).

” Perancangan asal adalah untuk buat majlis resepsi pada Mac (Malaysia) dan Jun (UK) pada tahun ini. Namun, kami terpaksa tunda majlis resepsi sehingga kami yakin semua orang boleh hadir.

” Kami berharap dapat meraikan hari istimewa ini bersama insan tersayang dan rakan nanti,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Dr Amalina mengumumkan bertunang dengan jejaka pilihan hati pada 10 Ogos 2020.

Ibu Tak Dapat Hadir

Upacara itu menimbulkan rasa sedih kerana ibu Dr Amalina Sabariah Hassan tidak dapat hadir dan berkongsi satu-satunya saat gembira anaknya kerana sekatan perjalanan.

“Saya ingin mempunyai ibu saya di sini, seperti itu rancangan awal kami (untuk rancangan yang awalnya dirancang, tetapi kemudian menangguhkan majlis nikah pada Januari tahun ini), tetapi sekatan itu bermaksud dia tidak dibenarkan melakukan perjalanan. Saya sedih kerana dia tidak dapat berada di sini hari ini dengan saya, tetapi apa nak buat, “katanya.

Untuk memastikan bahawa ibunya boleh menjadi sebahagian daripada hari besarnya, Dr Amalina yang merupakan Pendaftar Bedah Umum dan Felo Penyelidikan Klinikal dalam Pembedahan Kanser Payudara di Institut Inovasi Kesihatan Global, Jabatan Pembedahan dan Kanser, Imperial College London, meraikan bersama ibunya melalui FaceTime.

“Saya gembira kerana dia dapat menyaksikan upacara di FaceTime dan semuanya berjalan lancar. Setelah kami dapat kembali ke Malaysia, kami berharap dapat mengadakan majlis sambutan di Malaysia,” kata Dr Amalina yang kelihatan berseri putih dengan gaun pengantin yang direka khas oleh pereka Cosry dari Malaysia.

Seorang Lelaki Pintar

Mengimbas kembali ketika hari mereka bertemu, Dr Amalina mengatakan bahawa dia dan Charles terus “tertarik” pada pertemuan pertama mereka.

“Dia adalah seorang yang pintar, seorang lelaki, sangat hormat, sopan dan cerdas – semua sifat yang saya suka pada seorang lelaki.”

Membalas pujian tersebut, Charles berkata: “Dia sangat cerdas, seorang yang sangat penyayang dan sangat cantik.”

Charles mengatakan bahawa dia menyedari bahawa pengantin barunya adalah ikon awam yang mempunyai lebih dari satu juta pengikut di Instagram dan Twitter dan menambah dia telah membiasakan orang menyapa Dr Amalina di jalanan untuk mengatakan ‘hai’ atau mengambil gambar dengannya.

“Saya rasa tinggal di UK, kita tidak terlalu terdedah kepadanya (kemasyhuran Dr Amalina) dengan cara yang sama seperti jika kita berada di Malaysia. Sudah tentu kita masih ada orang yang datang untuk mengucapkan ‘hai’ kepadanya dan mengambil gambar, jadi saya fikir itu tidak terlalu menganggu kehidupan kami sehari-hari, “tambahnya.

Dengan memanfaatkan cuaca yang hangat, pasangan itu, ditemani oleh seorang jurugambar, menyeberang ke Regent’s Park untuk mengambil gambar hari yang paling penting dan tidak dapat dilupakan dalam hidup mereka, dengan orang-orang yang baik-baik saja yang keluar menikmati sinar matahari sambil mengucapkan “selamat pegantian baru” kepada pasangan bahagia tersebut.

Suami Di Katakan Mirip Chris Evans

Rata-ratanya netizan menzahirkan keterujaan melihat akhirnya hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Tidak kurang, ada yang menyamakan teman lelaki Amalina ini dengan aktor Hollywood popular, Chris Evans kerana wajah yang dikatakan seiras.

Siapa sebenarnya doktor wanita berusia 33 tahun yang mengharumkan nama Malaysia di persada dunia ini. Mari kita sama-sama lihat profil Dr Amalina.

Biodata

1) Nama sebenarnya, Nur Amalina Che Bakri atau lebih dikenali sebagai Dr Amalina lahir pada 7 Disember 1987 di Kota Bharu, Kelantan, namun membesar di Johor Bahru, Johor.

2) Dr. Amalina adalah anak tunggal pasangan Sabariah Hassan, seorang pengetua sekolah dan Che Bakri Che Mod yang berkhidmat sebagai jurutera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

3) Namanya mencuri perhatian selepas mencipta sejarah dengan pencapaian keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004.

Beliau kemudian menyambung pelajaran di peringkat A-Level di The Cheitenham Ladies’ College, England dari tahun 2005 hingga 2007 dan seterusnya pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBChB) di Universiti Edinburgh, Scotland dari 2007 hingga 2013.

Menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland dalam bidang Ijazah Sarjana Muda (BMedSc) Farmakologi dari 2009 hingga 2010.

4) Memulakan karier sebagai doktor selepas tamat pengajian di University of Edinburgh pada Julai 2013.

Fakta Menarik

1) Sewaktu di bangku sekolah, beliau aktif memegang pelbagai jawatan persatuan, selain gemar melibatkan diri dalam pertandingan sayembara puisi, lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis dan bersajak. Diangkat sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 dam Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad.

2) Seorang yang suka mengembara dengan sehingga kini sudah menjejakkan kaki ke 60 buah destinasi di seluruh pelusuk dunia.

3) Meminati dunia fesyen sehingga digelarkan sebagai ‘Dr Bling Bling’. Gemar ke gim untuk menjaga penampilan diri, selain merupakan peminat tegar filem adiwira Avengers keluaran Marvel Studios.

4) Mampu berkomunikasi dalam slanga British selepas 14 tahun berada di negara itu.

5) Pemegang biasiswa Kijang Emas daripada Bank Negara Malaysia yang membiayai pengajiannya di UK dalam bidang perubatan.

6) Merupakan antara 10 doktor pakar pelatih surgikal terbaik di United Kingdom (UK) dan menyimpan impian untuk bergelar pakar bdah knser p.ayudar.a dan onk0plastik.

7) Bertugas sebagai doktor pelatih bagi program Surgikal Onkologi dan Genekologi di Sekolah Perubatan Harvard, Universiti Harvard di Amerika Syarikat dari 2012 hingga 2013.

8) Memburu Ijazah Sarjana Falsafah dalam bidang penterjemah perubatan dan terapeutik di Universiti Cambridge dari 2013 hingga 2015.

9) Dari 2017 hingga kini, beliau menuntut dalam bidang pengajian doktor falsafah (PhD), selain berkhidmat sebagai pendaftar pembdahan umum di Penjagaan Kesihatan Kolej Imperial, London selepas tamatnya pengajian Ijazah Sarjana Penterjemah Perubatan dan Terapeutik di Universiti Cambridge.

10) Dr Amalina sekali lagi menjadi bualan rakyat negara ini selepas memulakan ikhtiar untuk membawa bayi berusia 10 bulan, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidapi ‘Germ Cell Tumour’ untuk dirwat di London, United Kingdom.

Sumber:hmetro, mstar dan iluminasi