Umum

Salam Malaysia, Akh1rnya Saya Akan Pul4ng Ke Malaysia, Saya mint4 ma4f atas kelew4tan – Caprice

KUALA LUMPUR: Selebriti dan aktivis, Caprice atau Ariz Ramli, 33, mendedahkan dia kini dalam perjalanan pulang ke tanah air Malaysia.

Penyanyi Kau Hade dan Xde Hal Bro itu berkongsi khabar berkenaan menerusi saluran Telegram miliknya, MudaUmmah: Welcome To Caprice’s Personal Telegram, tengah malam tadi.

“Salam Malaysia! Alhamdulillah selepas dua bulan lebih. Mungkin inilah pengembaraan paling gila setakat ini. Akhirnya saya akan pulang ke Malaysia esok (hari ini).

“Saya minta maaf atas kelewatan, saya memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan beberapa hal dalam misi saya,” katanya.

Dalam perkongsian sama Caprice memaklumkan, segala urusan berkaitan perniagaan akan dijalankan selepas dia mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kuarantin kendiri.

“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, malangnya saya sekarang urus seorang diri sebab kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” ujarnya.

Meninjau akaun Instagramnya, Caprice ada memuat naik membeli barangan oleh-oleh untuk khas buat peminat dan pengikutnya.

Katanya, sebaik tiba di tanah air dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ᴄᴏᴠɪᴅ-19 termasuk kuarantin, barulah dia akan meneruskan aktiviti perniagaan yang lama tertangguh.

Caprice menjangka bakal menjalani kuarantin selama 10 hari, sekali gus urusan penghantaran tempahan barangan seperti jaket hoodies, tasbih dan buah tangan hanya dapat dilakukan selepas 18 September ini.

“Hoodies Koyak Ke Bro Edisi Terhad hampir siap, tetapi malangnya saya sekarang mengendalikannya sendiri kerana kakitangan lama yang mengambil pesanan dan penghantaran tidak lagi dengan saya,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, penceramah bebas merangkap usahawan itu turut memohon maaf berikutan kelewatan urusan berkenaan disebabkan agak lama meninggalkan perniagaannya itu.

Tinjauan Kosmo! Online menerusi Instagramnya, Caprice dilihat memuat naik status  terakhir sekitar pukul 5 pagi waktu tempatan dalam InstaStory berbunyi, ‘Good bye and good night, see you in  Disember’, berlatarkan pemandangan malam dihiasi lampa-lampu.

Sebelum ini, dia pernah mendedahkan sepatutnya pulang ke Malaysia pada 4 Julai lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan atas faktor keselamatan.

Terdahulu, penyanyi rap yang juga aktivis kemanusiaan itu tiba di Mesir pada 24 Jun bagi menyertai misi bantuan ke Gaza sebelum meneruskan penggembaraan solo ke Jordan kerana isu yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Biarpun tidak dapat memasuki Palestin, Caprice tetap enggan pulang ke Malaysia malah meneruskan pelbagai aktiviti meluaskan jaringan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaaan di Mesir dan Jordan sepanjang bergerak solo.

Selain soal birokrasi dan kegagalan memasuki Palestin, nama Caprie turut memanaskan apabila diminta memberi keterangan kepada polis berhubung isu fitnah dan kes gangguan seksual melibatkan penceramah terkenal, Ebit Lew.

Continue Reading
Advertisement