Umum

“Saya sebenarnya dah penat” Syamsul yusuf akh1rnya reda dan buat pengakuan

Pengarah filem berkaliber Mat Kilau, Syamsul Yusof mengakui dia sentiasa takut dengan setiap kejayaan dikecapinya dan selalu berharap apa yang Allah berikan itu dirahmati dan berkat.

Syamsul, 38, ditemui berkata dia tahu mengenai ‘Istldraj’ yang diperkatakan segelintir pihak kepadanya dan sedar mengenai perkara itu. Katanya, apa yang pasti dia sentiasa bersyukur dengan segala rezeki diperolehnya.

“Kita bukan Tuhan. ‘Don’t take a religion in the wrong way’. Apabila kena pada orang kita, Allah sayang. Tapi, bila kena pada musuh, kata Allah laknat. Apa benda ni, mana engkau tahu? Kita tak tahu. Ini untuk saya (rezeki), dan saya pun tak tahu.

“Saya selalu fikir, saya harap apa yang Allah berikan ini (rezeki) dirahmati, berkat. Saya pun, ialah cuba jaga pantang larang dalam membikin filem. Saya cubalah, saya harap.

“Apapun, saya sentiasa takut apabila meraih kejayaan besar. Macam filem Munafik 2 dulu berjaya, saya takut. Ini pula, Mat Kilau tak tahu apa lagi lepas ini, tapi saya hadap sajalah,” katanya kepada Harian Metro.

Mengakui pelbagai komen diterimanya berkaitan kejayaan dinikmati, disusuli kemelut rumah tangga juga, Syamsul tidak menafikan dia sebenarnya sudah penat dengan semua ini. Katanya, dia hanya mampu reda.

“Saya sebenarnya dah penat. Syamsul Yusof ini dah letih dan saya macam dah reda juga, tak apa lah. Umpamanya, cuba bayangkan kalau Mat Kilau ini kurang sambutan, mesti akan kata, ‘ini semua pasal perangai kau lah, Allah balas.

“Apabila dah laku (Mat Kilau), ‘istidraj’. Jadi, apa saja akan kena. Sebab itu, saya reda saja. Saya pun ada buat silap, saya pun teruk juga,” katanya akur dengan proses kehidupan dilalui kini.

Berikutan pelbagai isu peribadi Syamsul yang hangat diperkatakan kini, termasuk kejayaan besarnya dalam karier seni, kebanyakan netizen yang mengikuti rentetan kisah berlaku meninggalkan bermacam komen.

Sumber : Hmetro

“Dia hentam saya macam saya ambil suami dia” Puteri Sarah Dedah buat 2 tuntutan kepada lra kazar

Perbualan Puteri Sarah Liyana dengan pelakon, Nad Zainal dalam Instagram Live pagi tadi sememangnya memperlihatkan bahawa aktres tersebut benar-benar serius dalam tindakannya.

Dah 4 tahun sabar dengan penyondol
Dalam live berkenaan, isteri kepada pengarah tersohor, Syamsul Yusof itu menjelaskan yang dia sudah menahan diri untuk tidak menyaman pihak ketiga dalam rumah tangganya sebelum ini.

Namun, tindakan melampaunya membuatkan dia nekad memandangkan ‘penyondol’ tersebut memperlakukannya seperti dialah yang mengambil hak orang.

Harap kes masuk mahkamah syariah bahagian jenyah.
Menjengah ke Insta Story Puteri Sarah, dia telah memuat naik gambar berada di Jabatan Agama lslam Wilayah Persekutuan Bahagian Penguatkuasaan untuk membuat dua tuntutan kepada lra Kazar.

Menurut pelakon itu, dia berharap kes berkaitan dengan menganggu ketenteraman diri dan rumah tangganya (ke,s sivil) ini akan dibawa ke mahkamah syariah bahagian jenyah.

“Bismillah…Doakan ke,s ni dapat masuk mahkamah syariah bahagian jenyah,” tulisnya ringkas.

Pada Isnin lalu, Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur telah memerintahkan Ira Kazar untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.

Kemelut rumah tangga Puteri Sarah dan pihak ketiga mulai didedahkan oleh pelakon itu sebelum dia dan anak-anak berangkat mengerjakan umrah pada Ramadan lalu.

Menerusi posting di media sosial, ibu kepada dua orang anak itu memaklumkan yang lra Kazar telah mengganggu dirinya serta keluarga menerusi media sosial menggunakan akaun-akaun palsv sehingga mengncam keselamatan diri serta anak-anak.

sumber : OMM

Continue Reading
Advertisement