Umum

Selepas Berita Penceraian Noh Hujan Dan Mizz Nina Tersebar. Ini Kata Kata Dari Sahabat Baik Noh, AG Coco Tentang Apa Yg Berlaku

Komposer dan gitaris kumpulan Hujan, AG Coco belum sempat berbicara dengan rakan baiknya, Noh Salleh berhubung dakwaan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

AG atau nama sebenarnya, Mohd Hezry Mohd Hafidz yang kini menetap di United Kingdom berkata, dia mahu memberi ruang kepada vokalis kumpulan Hujan.

“Untuk Noh, apa juga terjadi, awak perlu tahu saya dan rakan lain sentiasa bersama. Kami membesar dan berjuang bersama dalam arena muzik.

“Jadi, tidak kisahlah apa juga pancaroba berlaku atau kita terpisah jauh, keutuhan persahabatan sebati dalam diri kita.

“Kita sudah lama kenal hati budi dan jiwa masing-masing.

“Lalu, apapun terjadi, pasti ada hikmah yang Allah sudah atur,” kata AG dihubungi BH Online menerusi aplikasi WhatsApp.

AG berkata, dia percaya ujian yang berlaku dalam rumah tangga Noh dan Mizz Nina memberi isyarat besar dalam hidup.

“Saya percaya fasa dilalui Noh dan Nina menjadi cerminan buat kita semua untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan.

“Sekali gus, menjadi insan dan hamba-Nya yang baik. Sama-samalah kita mendoakan yang baik-baik buat Noh dan Nina kerana kita kena percaya ketentuan qada dan qadar,” katanya.

Hujan - Malaysian Renaissance

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Difahamkan, perceraian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran mahkamah.

Sementara itu, cubaan BH Online mendapatkan kenyataan daripada pasangan berkenaan tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak berbalas.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement