Umum

Seronok Cuti Panjang, 800 Pelajar DiIaporkan Tak Mahu Ke Sekolah Kerana Dah Menikah Dan Bekerja

Agak mngejutkan apabila ratusan pelajar sekolah Menengah di Sumatera Barat, Indonesia dilaporkan tidak mahu masuk semula ke sekolah serta menoIak untuk masuk semula ke sekolah kerana kebanyakan daripada mereka didakwa sudah bekerja dan berkhwin.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Ketua Pejabat Pendidikan Sumatera Utara, Wan Syaifuddin, di Medan pada Selasa.

Menurut Syaifuddin, kira-kira 7OO hingga 8OO pelajar sekolah menengah di Sumatera Utara tidak hadir mengikuti pembelajaran sejak sekolah dibuka pada 1 September yang lalu.

Beliau juga menjelaskan terdapat beberapa sebab mengapa murid-murid ini tidak mahu mengikuti persekolahan secara fizikal. Salah satu puncanya adalah kerana sudah berada di rumah terlalu lama.

Malah katanya ada yang sudah bekerja dan berkhwin.

” Sesi persekolah secara bersemuka sudah bermula, namun ramai pelajar yang tidak datang.

” Ada yang mungkin sudah lama libur, malah ada juga yang memberikan alasan mereka sudah bekerja. Dan banyak juga yang sudah menikah,” katanya di mana sebilangan pelajar yang tidak bersekolah kerana sudah berkhwin.

Beliau mendedahkan, ada beberapa pelajar sekolah menengah di Sumatera Utara yang sudah mula bekerja. Mereka sudah terbiasa memperolehi wang, disebabkan itu mereka lebih memilih untuk tidak hadir ke sekolah.

Syaifuddin berkata demikian selepas menghadiri Bengkel Pendidikan di Hotel Four Points, Medan, Selasa lalu.

Dia mengatakan, berhubung isu pelajar yang berkhwin pada usia muda, perkara tersebut memang tidak dapat dihindari.

Ini kerana, ia merupakan pilihan dari masing-masing pelajar dan tiada undang-undang untuk menghaIang pelajar dari berkhwin ketika masih bersekolah.

Walaupun begitu, Syaifuddin belum dapat menyatakan angka sebenar pelajar sekolah menengah yang telah berkhwin kerana sudah terlalu lama sesi persekolahan diadakan secara atas talian.

” Kami belum menerima data. Saya baru menerima maklumat. Saya menerima maklumat itu menerusi Ketua Pejabat Cawangan yang berkomunikasi dengan pengetua,” katanya.

Selain sudah berkhwin bekerja, ada juga sebilangan ibu bapa yang tidak membenarkan anak mereka untuk hadir ke sekolah. Ianya kerana, mereka bimbang anak-anak mereka akan dijangkiti COVlD-I9.

Ketika ditanya mengenai soal persekolaha secara bersemuka, Syaifuddin berkata pihaknya tidak ingin terburu-buru meminta sekolah melaksanakannya.

Bagaimana pula di Malaysia?

Sementara itu, tiada laporan kjdian sama berlaku di Malaysia, di mana pelajar tidak mahu datang ke sekolah kerana berkhwin.

Sebelum ini Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman pernah berkata berkhwin pada usia terlalu muda tidak banyak membantu menyelesaikan msalah, sebaliknya boleh menimbulkan msalah lain.

” Lebih bagus jika mereka (anak) menamatkan persekolahan terlebih dahulu sebelum (membenarkan) mereka berkhwin.

” Ada antara ibu bapa hidup dalam kedaifan memberi alasan membenarkan anak mereka berkhwin pada usia belasan tahun kerana mahu memberi peluang kepada mereka membina kehidupan lebih baik.

” Sebenarnya ini bukanlah jalan penyelesaian terbaik, kalau kita dalam kesusahan sekali pun, jangan mengambil tndakan seperti ini, sebaliknya mereka (ibu bapa) terlebih dahulu boleh memohon pelbagai bntuan disediakan agensi kerajaan negeri dan Persekutuan.

” Pendidikan adalah perkara terpenting untuk anak dan biarlah mereka menghabiskan dahulu persekolahan…tidak kisahlah anak itu lelaki atau perempuan, beri peluang mereka belajar sekurang-kurangnya sehingga tamat persekolahan menengah,” katanya.

Memetik laporan HarianMetro pada November 2019, beliau turut mengakui kurang selesa jika melihat anak muda berkhwin dengan lelaki atau perempuan lebih berusia.

Katanya, walaupun undang-undang membenarkan perkhwinan antara lelaki atau perempuan berusia 16 tahun di Pahang, namun ia tidak bermakna perkara itu boleh dijadikan alasan.

” Saya tidak berapa suka dengan perkhwinan (muda) ini… perkara ini bukanlah sesuai untuk semua, cuma kadang-kala ia (perkhwinan) terpaksa dilakukan atas alasan tertentu antaranya seperti terlanjur sebelum mempunyai ikatan sah dan terjebak dalam pergaulan terlalu bebas.

” Kita tidak boleh menjadikan perkhwinan di usia muda sebagai perkara membebankan, sedangkan agama Islam itu sendiri untuk memudahkan penganutnya,” katanya.

Abdul Rahman menjelaskan, walaupun terdapat peruntukan undang-undang, mereka yang ingin melangsungkan perkhwinan di bawah usia dibenarkan perlu mendapatkan kelulusan daripada Mahkamah Syariah.

Beliau turut menyarankan pasangan ingin melangsungkan perkhwinan mendapatkan maklumat tepat selain mencari keserasian terlebih dahulu dengan pasangan, sebelum membuat keputusan muktamad.

Mengikut Enakmen Undng-Undng Keluarga Islam 2005 Negeri Pahang, had umur untuk berkhwin ditetapkan pada usia 16 tahun ke atas bagi lelaki dan perempuan.

Kerajaan negeri sebelum ini tidak berhasrat untuk menaikkan had umur berkenaan kepada 18 tahun seperti dicadangkan Kerajaan Persekutuan memandangkan perkhwinan bawah umur di negeri Pahang terlalu sedikit dan bukan isu.

Sumber:siakapkeli dan hmetro (30 November 2019).

Sumber  :  https://www.asiakini.com