Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar iaitu Rossa Sera menerusi satu hantaran di laman Instagram menjelaskan dia masih ‘berkawan’ dengan suaminya.
Menerusi hantaran tersebut, pemilik nama Rossalennah Natassyiah Asshaferah berkongsi tangkap layar perbualan bersama suaminya yang ketika itu bertanyakan mengenai baju raya bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Membalas kepada mesej tersebut, Rossa menjelaskan dua warna yang dipilih dan akan digayakan oleh mereka anak-beranak.
Dalam pada itu, usahawan ini turut memberikan penjelasan kepada orang ramai yang masih beranggapan mereka masih gaduh dan dia sempat meminta suaminya itu untuk ‘menjaga diri’.
Kami tetap kawan macam biasa ba. Walaupun tak dapat raya bersama, Sera tetap kasi sedondon bajunya sama budak-budak. Doa yang baik-baik ya. Take care Shukri.
Terdahulu, perkongsian foto seorang diri Shuk Sahar di laman Instagram mencuri perhatian ramai dan netizen sempat mengusiknya.
Sebagai rekod, Shuk mendirikan rumah tangga bersama Rossa pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Sumber: Rossa.Sera via Oh Bulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.