Umum

Tanpa Arahan NADMA, Tentera Nekad Turun Untuk Bantu Mangsa Banjir Yang Terperangkap

Ketika banjir besar melanda lima negeri pada hujung minggu lalu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bertindak pada Jumaat, membantu memindahkan mangsa banjir tanpa menunggu arahan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

Tanpa arahan NADMA, tentera memutuskan untuk berundur bagi membantu mangsa banjir yang terperangkap

Sumber mendedahkan, agensi itu, yang menerima kritikan mengenai pengurusan banjir di Lembah Klang, pada mulanya teragak-agak untuk mengerahkan ATM bagi usaha bantuan.

Kerajaan negeri Selangor juga tidak pasti untuk melibatkan pihak tentera, katanya.

Tanpa arahan NADMA, tentera nekad turun bantu mangsa banjir terperangkap

ATM mula bertindak pada Jumaat untuk membantu memindahkan mangsa banjir. (Gambar Facebook)

“Sampai suatu tahap, di mana kami (Kementerian Pertahanan) membuat keputusan, tak perlu tunggu NADMA.

“Air banjir makin naik, kami takkan tunggu lagi,” katanya.

 

Tanpa Arahan NADMA, Tentera Nekad Turun Untuk Bantu Mangsa Banjir Yang Terperangkap

 

ATM mula bertindak pada Jumaat untuk membantu memindahkan mangsa banjir. (Gambar Facebook)

ATM mula bergerak ke kawasan-kawasan yang dilanda banjir selepas solat Jumaat.

Pada petang Ahad, Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein memaklumkan menerusi Twitter bahawa beliau telah memberi taklimat kepada Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Mohd Zakaria Yadi berhubung situasi di Klang.

Kata sumber itu lagi, Kementerian Pertahanan (MINDEF) berasa “muak” dengan NADMA dan kerajaan Selangor.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menerajui usaha bantuan banjir berkuat kuasa serta-merta, berikutan tindak balas hambar daripada NADMA.

Sumber itu juga berkata, agensi itu “tidak tahu bagaimana untuk menangani krisis berkenaan”, dengan mendakwa tiada seorang pun daripada NADMA atau kerajaan negeri memantau media sosial untuk mendapatkan mesej SOS daripada mangsa.

Katanya, pihak MINDEF “menjerit” kepada kakitangan NADMA, dan baru hari ini agensi itu memanggil mesyuarat untuk menyelaraskan usaha bantuan.

“Seperti tiada keseriusan mengenai situasi terbabit. Justeru, ATM dan MINDEF memutuskan untuk terus sahaja bertindak (menjalankan usaha menyelamat),” tambahnya.

Sepanjang hujung minggu lalu, hujan lebat yang turun di Lembah Klang, Pahang, Kelantan dan Terengganu mulai Jumaat mengakibatkan lebih 40,000 mangsa terpaksa berpindah.

Sumber : Gemilang Daily

Continue Reading
Advertisement