Umum

Tempat Tidur Bilal Didakwa Berharga 18K Jadi Perhatian – “Kat Shopee Pun Baru 16K Busuk2”

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan pasangan popular ini, Haris Ismail dan Neelofa yang mana mereka semakin bahagia dengan kehadiran cahaya mata pertama yang dilahirkan pada Januari lalu.

Seperti ibu dan bapanya itu, putera mereka yang diberi nama Muhammad Bilal ini juga selalu mendapat perhatian umum apatah lagi perkongsian Neelofa yang kadang kala berkongsikan gelagat comelnya.

Walau bagaimanapun, nampaknya gelagat Bilal sekali lagi mencuit hati ramai peminatnya apabila dia dilihat sedang asyik di tempat tidur.

Namun begitu, rakaman pendek yang memaparkan tempat tidur Muhammad Bilal ini nampaknya mencetuskan perbualan ramai selepas dengan pantas mencuri tumpuan umum.

Hal ini kerana, ada yang mendakwa tempat tidur cahaya mata kesayangan pasangan popular ini dikatakan mencecah ribuan ringgit iaitu berjumlah sekitar RM18,000.

Hantaran video yang dikongsikan semula oleh pemilik akaun bernama, seorangnur itu ternyata menarik tumpuan ramai dengan ruangan komen juga dengan pantas dihujani dengan bermacam-macam reaksi yang mana turut terkedu dengan harga tempat tidur Muhammad Bilal.

“Harga dia agak keras”

“Benda alah tu takde ke untuk dewasa, nak try tidur lam tu jugak”

tak tunjuk wajah Bilal, Haris risau penyakit ain

Gara-gara masih tidak dapat melihat wajah Muhammad Bilal selepas sebulan dilahirkan, netizen menuduh pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail sebagai kedekut.

Dakwa netizen, pasangan itu tidah habis-habis mahu berahsia, baik berhubung kehamilan sehingga telah lebih sebulan anak sulung mereka dilahirkan pada 29 Januari lalu.

Menjawab soalan popular itu ketika menghadiri program MeleTOP malam tadi, Haris atau dikenali dengan Pencetus Ummah (PU) Riz berkata, dia dan Neelofa tidak menyembunyikan wajah anak, sebaliknya berjaga-jaga dengan penyakit ain.

“Sebenarnya tak ada masalah nak tunjuk anak, tapi kami khuatir. Saya jawab dengan hadis yang menyentuh tentang melihat benda yang menakjubkan tetapi tidak menyebut nama dan memuji ciptaan Allah.

“Saya khuatir berapa ramai orang yang tengok (anak kami) tapi terlepas tak sebut nama Allah. Ramai yang tengok, saya takut. Saya baru tahu, bila anak sakit, bapa boleh jadi mental tau,” jawabnya.

Sebelum ini, ibu Neelofa iaitu Noor Kartini mendedahkan keluarga terdekat mereka juga belum berkesempatan melihat wajah cucunya itu.

Noor Kartini memberitahu, Neelofa sendiri memilih pendekatan tidak terlalu mahu berkongsi wajah putera sulungnya kepada umum termasuk saudara terdekat.

Sejak Muhammad Bilal dilahirkan, rata-rata peminat tidak sabar menantikan pendedahan wajah Muhammad Bilal yang digelar sebagai bayi popular.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu.

Sumber: himpunanceritalawak dan Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement