Umum

“Tu yang mak nak….” Normah Damanhuri Menangis Kerana Tndakan Kak KM.

Dramatis popular Normah damanhuri sebak apabila anaknya yang juga seorang usahawan, Kak KM menghadiahkan sebuah kereta jenis Honda yang dibeli secara tunai.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata dia sengaja melakukan kejutan tersebut sebagai tanda kasih sayang terhadap ibunya.

Menurut Kak KM, ibunya yang berusia 68 tahun itu ada menyatakan hasrat untuk membeli kereta sebelum dia mengambil keputusan untuk menunaikan sahaja impian orang tersayang.

“Tu yang mak nak, Kak KM bayar aje. Sayang mak sangat,” luahnya ringkas.

Rakaman berdurasi hampir seminit itu memaparkan dramatis berkenaan menangis terharu apabila anaknya mengeluarkan cek bagi melakukan proses pembayaran sebanyak RM102,200 di sebuah pusat jualan kereta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat pemurah Kak KM dan tidak lupa membahagiakan ibunya walaupun sibuk menguruskan perniagaan.

Terbaik! Mendahulukan ibu

Bab ni memang respek dengan Kak KM!

Tak hairan kalau rezeki dia melimpah..

Alhamdulillah.. harus dicontohi

Selain kereta, Kak KM sebelum ini juga pernah menghadiahkan gelang emas besar dan sebuah rumah di kampung halaman kepada ibu tercinta.

 

Kak KM beli banglo RM5 juta, tiada niat nak menunjuk

Usahawan kontroversi, Liana Rosli atau biasa dipanggil Kak KM telah berkongsi momen bahagia apabila berjaya membeli sebuah rumah banglo bernilai RM5 juta.

Beli rumah RM5 juta

Hal tersebut dimuat naik ke Instagram miliknya apabila berkongsi rakaman video dari ahli keluarga yang membuat kejutan kepadanya dengan menyerahkan kunci rumah ketika dia datang untuk meninjau banglo tersebut.

Bukan nak menunjuk2, cuma beri inspirasi
Walau bagaimanapun, masih ada netizen yang cuba meninggalkan komen negatif terhadapnya diatas kejayaan yang diperoleh dari usaha keras berniaga selama ini.

Oleh sebab itu, menerusi Mstar, Kak KM telah memberi tanggapan bahawa dia langsung tidak kisah dengan kata-kata tersebut kerana sangat bersyukur dengan apa yang diperolehi kini.

“Syukur dengan rezeki yang diberikan. Tuhan mendengar doa saya selama ini. Kalau sentiasa berbuat baik pasti ada rezeki.

“Kalau ada yang tak suka tengok perkongsian saya itu, tutup sahaja media sosial. Sejujurnya saya kongsi bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi mahu beri inspirasi supaya orang lain turut berusaha lebih kuat lagi untuk memiliki apa yang dihajati.

“Lihatlah dari sudut positif. Bersainglah secara sihat untuk capai sasaran sendiri, bukan hanya sekadar kecam dan cakap kosong sahaja,” katanya.

Dah lali dengan kecaman

Menurut anak kepada aktres Normah Damanhuri itu lagi, dia malas untuk ambil ‘pusing’ segala kecaman yang diterima dan sudah lali dengan semua tohmahan tersebut.

“Usahawan seperti saya ini memang selalu kena kecam. Tidak kisahlah apa orang hendak katakan, saya hanya lihat dari sudut positif. Semakin dikecam semakin ramai orang kenal produk saya.
“Sebenarnya orang yang selalu kecam inilah ada masalah cemburu. Apa salah sesekali ucap tahniah dengan kejayaan orang lain,” ujarnya.

Nak beri keselesaan buat keluarga

Sebenarnya, Kak KM menjelaskan bahawa urusan pembelian tanah dan banglo bernilai RM5 juta tersebut sudah dimulai sejak tahun lalu lagi.

Kunci rumah juga telah diterima semalam (Ahad) dan perancangan selanjutnya adalah ingin mengubahsuai dahulu kediaman terbabit dengan menruntuhkannya serta membina rumah yang baru sebelum menetap di situ.

“Saya nak runtuhkan rumah tersebut dan bina sebuah rumah baharu. Saya tak suka nak tinggal di tempat yang pernah didiami oleh orang lain sebelum ini.
“Perancangannya mahu bina rumah dua tingkat dan mesti ada kolam renang. Apa yang penting adalah selesa untuk kami sekeluarga tinggal,” jelasnya.

Kak KM merupakan usahawan yang sering viral disebabkan beberapa konten video promosi jamu jualannya yang dikatakan agak ‘dewasa’.

Walau bagaimanapun, dia kerap kali mendapat pujian daripada pengikutnya di media sosial kerana dilihat sebagai seorang yang sangat mementingkan keluarga terutamanya ibu tersayang.

Sumber: Instagram Kak KM, OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

Continue Reading
Advertisement