Assalamualaikum kepada semua pembaca. Aku juga ingin berkongsi kisah yang telah aku lalui. Cumanya kisah aku tidaklah seberat confessor yang bersuamikan laki songsang itu. Pada January 2021 aku telah mengikat tali pertunangan dengan seorang lelaki yang aku cintai.
Kami berkenalan di aplikasi mencari jodoh. Kami mengikat tali pertunangan diatas dasar suka sama suka selepas setahun menjalin hubungan. Setelah berbincang antara dua belah pihak keluarga, kami telah bersetuju untuk bernikah pada awal June 2021. Aku pendekkan lah ye cerita aku. Ceritanya lagi 6 minggu sebelum tarikh nikah kami, tunang aku kantoi sangkut H.1.V test. Ya, H.1.V p0sitive.
Pada mulanya dia menafikan dia telah melakukan sebarang aktiviti yang berisiko. Tapi setelah aku cek phonenya, baru lah kantoi semua perbuatan busuknya. Rupanya tunang aku seorang laki songsang. Bermacam macam jenis chat aku jumpa dengan pelbagai lelaki.
Ada yang nak video call sebab nak tengok b0dy, ada juga chat chat yang ingin bertemujanji di h0tel. Kecewa aku Tuhan saja yang tahu. Siapa sangka lelaki yang aku anggap akan menjaga aku sehingga akhir hayat merupakan seorang lelaki yang dah jauh terpesong. Kami merupakan pasangan bercinta jarak jauh. Dia di Perak, aku di Selangor. Tambahan pula PKP, kami sangat susah untuk berjumpa.
Sepanjang bercinta ada lah dalam 3 ke 4 kali saja jumpa. Tetapi setiap kali berjumpa aku tanpa gagal akan sentiasa cek phone dia. Tetapi apa yang aku cari cumalah chat chat dripada perempuan. Tidak pernah aku terfikir untuk bukak chat daripada lelaki kerana pada aku itu merupakan privasinya bersama kawan kawan.
Rupa rupanya, aku silap. Aku bukan dicurangi kerana wanita lain. Tapi aku dicurangi kerana lelaki! Setelah kantoi, dia menangis merayu supaya aku tidak tinggalkan dia. Dia berjanji sehabis baik untuk berubah. Atas dasar sayang dan malu untuk batalkan perkahwinan, aku setuju untuk beri dia peluang kedua.
Kerana pada fikiran aku, tidak adil untuk aku terus tinggalkan dia tanpa dapat dia buktikan yang dia boleh berubah.
Walaubagaimanapun, setelah aku bagi peluang kedua, hati aku masih ada ragu ragu. Aku pesan padanya, bahawa aku percaya dia. Tapi kalau dia ulang lagi perbuatan kotornya, Allah akan tunjukkan. Mungkin akan ada pembaca yang akan kata aku bdoh untuk berkahwin dengan seorang penghidap H.1.V.
Tapi jangan risau, setelah aku bagi dia peluang kedua, kami telah pun berjumpa dengan dctor untuk mendapatkan nasihat bagaimana cara pasangan berkahwin agar H.1.V tidak mengjngkitkan kepada anak dan isteri. Ramai yang tak tahu penghidap H.1.V boleh hidup seperti biasa iaitu boleh ada pasangan dan boleh ada anak tanpa menjngkitkan v1rus tersebut kepada anak dan isteri.
Tetapi, semuanya berubah lagi. Berberapa hari slepas tunang aku kantoi laki s0ngsang, dia telah ditugaskan untuk bertugas di Jhor selama sebulan. Selepas seminggu dia di Jhor, aku dapat rasakan dia sedikit lain. Mungkin di atas doa aku dan keluarga tanpa putus, entah macam mana, Allah gerakkan hati aku untuk install applikasi ‘laki s0ngsang’.
Aku buat fake account dan search di lokasi tunang aku bekerja. Bertapa terkejutnya aku bila aku jumpa account tunang aku. Dengan gambarnya terpampang di profile account tersebut. Yang lebih mengejutkan, account tersebut menunjukan status sedang “Online”. Sekali lagi, aku terasa kecewa yang teramat sangat. Ternyata, semua janji dia untuk berubah cuma lah mainan kata katanyanya saja.
Selepas kantoi tersebut, aku terus ajak ibu aku pulang cincin kepada family tunang aku. Aku ceritakan semua hal kepada mak dia. Menangis maknya dengar apa yang aku ceritakan. Anak sulung yang menjadi harapan keluarga, telah mengecewakan hatinya. Aku tunjukkan juga bukti yang aku ada.
Mak nya memujuk aku untuk sama sama bagi tunang aku peluang lagi. Tapi aku dengan tegas, cukuplah peluang yang aku dah berikan. Aku dah tak nak ambil risiko lagi. Aku juga pernah bertanyakan kepada pejabat agama Islam Selangor mengenai masalah aku yang bertunang dengan seorang laki songsang.
Pejabat agama sendiri menasihatkan agar aku tak mneruskan prkahwinan kami. Sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang Allah dah aturkan untuk aku. Sejujurnya, bukan H.1.V yang membuat aku tekad untuk tinggalkan dia.
Tetapi disebabkan dia tak menunjukkan penyesalan dan tekad untuk berubah daripada dunia s0ngsangnya. Aku yakin memang susah untuk dia tinggalkan dunia s0ngsangnya apatah lagi sudah 10 tahun dia melakukan aktiviti tak bermoral itu. Aku berfikir, kalau betul dia nak berubah, dia tidak akan mencari lagi lelaki untuk melunaskan nfsunya selepas aku bagi dia peluang.
Pada awalnya aku susah untuk menerima hakikat apa yang terjadi. Aku hampir hampir memberi peluang sekali lagi kepada dia.Namun atas nasihat keluarga serta rakan rakan, akhirnya aku mampu untuk kembali berfikir secara rasional. Alhamdulillah aku lebih senang sendiri sekarang.
Kepada Anne, aku tahu susah untuk kau terima bahawa suami kau seorang laki s0ngsang, tapi percayalah, nfsu s0ngsang mereka memang tidak akan dapat diubah. Terlalu sikit peratusan lelaki songsang yang berubah apatah lagi yang dah melibatkan hubungan intim.
Banyak mana pun peluang yang diberi, lambat laun mereka akan kembali juga ke dunia songsang itu. Kalau dia memang betul nak berubah, dia tidak akan gunakan perkahwinan sebagai alasan untuk mereka berubah.
Perkahwinan kau masih baru, masih belum ada anak yang kau perlu fikirkan. Nasihat aku, keluar lah dari perkahwinan kau ni. Tak guna kau tunggu dan tunggu untuk dia berubah. Terlalu lama untuk kau tunggu selama dua tahun sebelum balik semula ke semenanjung. Perkara akan jadi lebih teruk. Mungkin sekarang dia masih bebas dengan H.1IV.
Tapi masa akan datang kalau dia masih dengan gaya hidup s0ngsang, tak mustahil akan berjngkit kpda kau tanpa kau sedar. Pnghidap H.1.V tidak akan tahu mereka dijngkiti sehinggalah ujian drah dilakukan. Kau juga boleh report kepada pejbat agma berkenaan suami kau yang laki songsang tu.
Kau wanita ada kerjaya, kenapa kau nak takut dengan percerraian sedangkan kau sendiri tahu, perkahwinan ini akan berikan mudarat kepada hidup dan masa depan kau. Aku merayu keluar lah dari pekahwinan ni. Mulakan hidup kau sendiri. Aku yakin akan ada masa depan yang lebih cerah untuk kau.
Aku tak nak wanita nampak lemah dan senang senang dibdohkan oleh golongan golongan s0ngsang yang berkahwin untuk menutup perbuatan kotor mereka ni. Aku doakan kau dapat buat keputusan yang terbaik untuk diri kau. Salam sayang dari aku untuk Anne.
Antara Reaksi Reaksi Warganet.
Norizan Mamat – Salam. Big hug. Sesekali dulu waktu melepasi ujian orang ketiga, makcik masih rasa sakit dalam hati bila teringat. Jadi, untuk menghilangkan rasa sakit tu dan membuat makcik lebih bersyukur,
salah satunya makcik berterima kasih pada Allah, kerana menguji suami dengan perempuan lain bukan lelaki lain.
Kerana ujian suami dengan lelaki lain lebih parah daripada ujian dengan perempuan lain (pendapat makcik).
Ujian dengan lelaki lain, makcik rasa tiada jalan pulang. Selain dari itu juga, makcik tetap bersyukur, kerana ujian membuat makcik dan suami lebih menghargai dan tahu apa yang makcik mahu (kerana kalau tak,
makcik hanya terima apa yang suami beri tanpa memberitahu apa yang makcik mahu). Setiap ujian kita ada hikmah. Allah uji kita semampu kita. Kan ? Gitulah…
Siti Rahmah – Akak ada kenalan laki songsang yang dah bertunang. Rasa berbelah bagi samada nak bgitau tunang dia atau tak. Tapi, pernah rujuk pada seorg ust4z,
dia tanya adakah lelaki tu sudah berubah dan bertaubat? . Saya dilarang untuk beritahu tunang wanita tersebut. Tapi nak kata dia dah bertaubat, kehulu kehilir masih dengan bf dia lagi. Akak sendiri tak tau nak jujur ke tidak dengan tunang dia tu.
Sebab kalau betul lelaki tu dah bertaubat, macam akak putuskan orang nak bina masjid pulak. Cuma doa je yang mampu akak buat sekarang.
Nuru Najwa – Kalau dah s0ngsang tu boleh tak, tak payah nak ada sekelumit cita cita nak menikah.
Family lelaki pun tak payah nak paksa anak anda menikah semata mata nak anak perempuan orang lain jadi kambiing hitam untuk kononnya BAIKI anak anda tu.
Please? Just keep him on your own. Jangan musnahkan masa depan anak orang lain boleh?
Aisyah Nur – Bunga, awk memang bijak. Bukan biasa biasa awak buat keputusan, siap mintak nasihat daripada orang yang lebih arif di jabtan Agma.
Semoga Allah hadirkan yang lebih baik selepas ini. Dan kepada Anne, cubalah timbang tara pesanan Bunga.
Semoga korang berdua diberikan nikmat terbaik daripada Allah selepas ujian yang kalian lalui ini.
Sumber – Bunga (Bukan nama sebenar) via IIUMC.