Umum

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang

Petronas Pendang, Setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan ada ‘kemanisan’ dihujung. Begitulah lumrah dalam kehidupan seharian kita termasuk dalam pekerjaan yang kita lakukan hari ini.

Jatuh bangun sesebuah syarikat bergantung kepada pihak pengurusan dan pekerja. Sebenarnya pekerja adalah ‘aset’ penting bagi memastikan pengurusan di dalam sesebuah organisasi berjalan lancar.

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang

 

 

Sebenarnya ada sahaja pekerja yang sangat ‘setia’, tak pernah mengeluh sehingga bertahun-tahun dalam melakukan kerja yang sama setiap hari selama 28 tahun.

Ya, seperti kisah seorang pekerja di sebuah stesen minyak Petronas Pendang, Kedah, Sapuan Salleh yang kini berusia 59 tahun dikatakan telah berbakti selama 28 tahun di stesen minyak tersebut.

Hasil daripada itu, pemilik stesen minyak tersebut, Siti Nur dengan berbesar hati memberikan pekerja tersebut pengalaman yang tidak pernah dilupakan bahkan ramai yang mengejar untuk pergi ke sana.

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang
Staff paling Legend di Petronas Pendang. Long Servis Reward “Pakej Umrah” kepada beliau

Pekerja ini dapat merasai peluang berkunjung ke rumah Allah di Makkah. Gembira bercampur sebak kerana dia memiliki majikan yang sangat prihatin dengan pekerjanya yang telah lama berkhidmat ditempatnya.

Menjengah diruangan komen, rata-rata warganet teruja dengan ‘reward’ yang Sapuan ini dapat bahkan ada yang berkongsi pengalaman di mana sentiasa menerima layanan daripada pekerja ini sejak mereka muda lagi.

@RafismaRNR:istiqamah dia dengan kerja.. berkatnya disitu, saya mai dok pendang taun 1992, dia dok kt pam tu, sampai la dok pam tu la.. Allah…

@Basirohkz:MasyaaAllah saya kenal sangat akak ni.. 🥰 Selalu tlg isikan minyak kalau kat Pam hujung sekali. Tahniah kak. Beruntung sgt dpt ke makkah.

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang
(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang

(VIDEO) 28 Tahun Kerja lsi Minyak , Majikan Beri Hadiah Pakej Umrah Pada Staff Paling ‘Otai’ Di Petronas Pendang

Sumber : siakapkeli/Siti Nur

Continue Reading
Advertisement