Setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pastinya inginkan zuriat. Namun tidak semua pasangan mudah mendapat cahaya mata walaupun sudah lama berumah tangga.
Sama seperti pasangan Youtuber ini, Alieff Irfan dan isterinya Bella. Sebagai seorang isteri, siapa yang tidak terkilan jika masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah 1 tahun lebih berkahwin lebih-lebih lagi apabila melihat ahli keluarga sendiri yang baru mendirikan rumah tangga sudah pun hamil.
Namun, perkongsian Bella semalam tular di media sosial selepas beliau disahkan hamil setelah 2 tahun menanti.
Video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya itu ternyata membuatkan ramai menitis air mata selepas Bella dan Alief bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Alhamdulillah… terima kasih ya Allah atas rezeki yang diberikan”
“Penantian tpat 2 tahun , akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil daIam perutku..”
“Dengan berbagai dugaan, hinaan dan kecaman yang dapat selama 2 tahun ini , ada yang cakap saya mandul. Ada yang cakap kami tak bernasib baik. Allahuakbar !”
Video yang tular itu telah mendapat hampir 2 juta tontonan dan rata-rata peminat dan rakan-rakan Instafamous turut mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.
Video
Sama-sama kita d0akan yang terbaik buat pasangan ini dan semoga dipermudahkan segala urusan buat mereka berdua.
Sumber : Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.