Umum

Rina H4run dikec4m lagi. Kali ini dikata ku4t berlak0n

PETALING JAYA: Satu klip video memaparkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mencuci koridor dan longkang di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang tular dalam media sosial mengundang kritikan pelbagai pihak dan netizen.

Berdasarkan klip rakaman tersebut, Rina Harun dipercayai mencuci koridor di PPS yang dilihat sudah bersih menggunakan penembak air dan terdapat beberapa jurufoto sedang merakam gambarnya.

– KLIP video memaparkan Rina Harun mencuci koridor dan longkang di sebuah PPS yang tular. – Twitter dylawok

Perbuatan itu secara tidak langsung mendapat maklum balas pelbagai pihak termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan Rina tidak mengerti situasi sebenar banjir.

“Saya husnuzon. Mungkin dia tidak tahu situasi sebenar banjir. Sertai saya dan @partimuda dalam usaha melakukan pembersihan banjir di seluruh negara.

“Rumah-rumah yang kami bersihkan lumpur paras lutut. Kami perlukan setiap pertolongan yang dihulurkan,” ciapnya menerusi laman Twitter.

Rata-rata netizen turut mengecam tindakan menteri itu yang dikatakan seolah-olah berlakon bagi mendapatkan perhatian rakyat dan memintanya turun ke situasi sebenar. – UTUSAN ONLINE

Continue Reading
Advertisement