Umum

Wan1ta Yang Tul4rkan Harga Ikan Si4kap Masuk Dalam L1ve Dato Seri Vid4. Terk3jut DSV Bila Wan1ta Ini Cer1ta Apa Seb3nar Berl4ku Di Rest0ren Itu

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila menawarkan diri untuk membayar semula hidangan tengah hari ikan siakap berjumlah RM1738.70 yang tular baru-baru ini.

Menurut pemilik nama penuh Hasmizah Othman, 50, niat murni tersebut disuarakannya bagi membantu pelanggan berkenaan yang telah mengeluarkan sejumlah wang yang banyak hanya untuk hidangan ikan siakap.

Another Curious Case of Expensive 'Ikan Siakap' Surfaces In Langkawi | TRP

“Saya ada baca kisah ikan siakap viral. Kebetulan saya masih bercuti di Langkawi, saya rasa terpanggil untuk belanja atau bayar balik harga ikan siakap yang telah dibayar oleh keluarga tersebut.

“Kiranya saya belanjalah makan ikan siakap itu dan nak bayar balik kepada wanita itu. Bolehlah dia dapat duit tersebut semula bagi kegunaan hal lain,” katanya.

WANITA INI TAMPIL BERITAHU TIDAK MAHU DSV BAYAR BALIK

Tidak lama kemudian, wanita dikenali sebagai Niena yang merupakan pelanggan tersebut muncul dalam sesi siaran langsung bersama Vida malam tadi.

Menjelaskan dia enggan menularkan dan memanjangkan isu, Niena berharap situasi tersebut tidak berlaku kepada individu lain.

“Kes ini kami ketengahkan supaya tiada lagi yang akan dianiaya oleh peniaga tersebut. Kami tiada niat pun nak viralkan hal ini,” ujarnya.

Menolak dengan baik, Niena memberitahu sebaik-baiknya Vida membelanjakan wang tersebut ke arah kebaikan lain.

“Bukan kami nak sombong untuk tak menerima pelawaan Datuk tetapi alhamdulillah rezeki kami masih ada. Kami cuma kecewa dengan etika peniaga tersebut kerana tidak telus.

“Saya dan rakan-rakan lain sudah sepakat, jika Datuk masih nak berikan wang tersebut, sebaik-baiknya salurkan kepada individu lain atau bantu peniaga-peniaga kecil di Langkawi.

“Kepada peniaga, berniagalah dengan telus kerana Allah SWT. Janganlah aniaya pelanggan,” pesan Niena lagi.

Kosmo! pada 5 November lalu melaporkan percutian sebuah keluarga ke Langkawi, Kedah baru-baru ini meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM1738.70.

VIDEO:

Menerusi perkongsian dalam Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan.

Sumber : Kosmo Online!

Sumber Hmetro

Continue Reading
Advertisement