Umum

“Yeay Dah dapat baby girl” Sheila Rusly bersyukur sambut cucu dengan selamat…

Dikelilingi dengan keluarga dari ‘orang-orang industri seni’, pelakon cantik, Elisya Sandha sememangnya menjadi tumpuan media lebih-lebih lagi setelah mengumumkan kehamilan anak sulungnya.

Menantu kepada pasangan pengarah terkenal, Sheila Rusly dan Azman Yahya (Jinggo) ini dilihat bahagia bersama suami tersayang, Uzair Haqimy.

Bakal timang anak perempuan
Semalam, adik kepada aktres terkenal Fasha Sandha itu telah membuat majlis ‘gender reveal’ untuk mengumumkan jantina anak sulungnya sama ada lelaki atau perempuan

Menerusi video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @krkiffy dia telah memuat naik suasana ketika majlis tersebut berlangsung.

Sakan melompat gembira
Pengumuman tersebut pastinya telah menggembirakan ramai pihak terutamanya ahli keluarga kerana Elisya dan Uzair bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.

Namun reaksi yang ditunjukan Elisya telah mengundang rasa bimbang warganet kerana dia yang sedan sarat sempat melompat sewaktu mengetahui jantina anak yang dikandung

Risau pula tengok melompat gitu
Menjengah keruangan komen, kebanyakan mereka menasihati agar pelakon berkenaan tidak terlalu lasak kerana bimbang akan kandungannya yang sudah semakin sarat.

Mereka juga gerun apabila Elisya dengan spontan melompat-lompat setelah belon dipecahkan dan mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Dijangka bersalin anak sulung pada 16 Jun ini, pelakon Elisya Sandha, 23, memaklumkan dia bakal dikurniakan bayi perempuan dan sepanjang tempoh kehamilan dia sudah mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat. Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.

Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” kata adik kepada pelakon Fasha Sandha ini kepada Harian Metro.

Terdahulu, Elisya atau nama penuhnya Nur Elisya Sandha Hassan dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ seterusnya memperkenalkan jantina bayi dalam kandungan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit, Sheila Rusly itu berkata, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar.

“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah. Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin.

“Dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama, saya sudah bersedia menjadi bapa,” ujarnya yang berkahwin dengan Elisya pada 21 Ogos tahun lalu.

Antara komen yg ditinggalkan di IG,

Sumber :Instagram Sheila Rusly & Fb

Continue Reading
Advertisement