Umum

10 org naik wira, bila kena tahan kat roadbl0k, p0lis pelikk. Pergi mall adik guling2 atas lantai.

Gambar sekadar hiasan. Sila baca dibawah ini untuk maklumat penuh dan lengkap bagi artikel ini. Terima kasih kerana membaca artikel ini.

Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah. Assalamualaikum semua. Pertamanya, terima kasih buat admin yang sudi menyiarkan tulisan saya.

Sedikit pengenalan, saya Kak Long, 25 tahun. Saya ada 8 orang adik beradik, semua lelaki kecuali saya. Campur mak ayah saya kira 10 orang lah keluarga saya.

Saya yang sulung. Adik2 saya umur lingkungan 24 hingga 10 tahun, jarak setahun dua. Ayah saya bekerja sendiri, mak pula suri rumah. Waktu-waktu pkp ni semua adik-beradik saya ada di rumah. Alhamdulillah.

Selalu mesti akan ada ahli yang tak ada (atas sebab kerja, belajar dan sebagainya). Bila beramai-ramai semua ada ni, saya jadi banyak terimbas memori zaman kami kecil-kecil dulu.

Selalu orang tanya, mesti seronok kan adik beradik ramai? Tak kurang juga ada yang tanya, cukup ke gaji ayah kau sara semua? Macam mana kalau jalan-jalan? dan sebagainya.

Jadi saya nak kongsilah sedikit bagaimana kami membesar berderet-deret ni. Cerita kami zaman kecil dahulu. Khususnya peranan ayah saya dalam memberi pelajaran kehidupan buat kami 8 beradik.

1) Seadanya.

Masa tu, ayah saya hanya ada sebuah kereta Wira. Dari jumlah keluarga kami kecil, hingga cukup jumlah 10 orang, kereta Wira tu lah yang bergolek bawa kami berjalan, beraya, bercuti dan lain-lain.

Mesti ada yang pelik, muat ke sampai 10 orang dalam kereta tu? Entah lah. Bila saya fikir balik pun nampak mustahil. Haha.

Begini susunannya; ayah saya memandu, mak pula duduk sebelah, pangku adik saya yang paling kecil, adik saya yang nombor 7 duduk bersila kat bawah tempat duduk mak (nasib mak saya kecil), dan baki lagi 6 orang duduk kat seat belakang saling pangku memangku.

Logik? Haa begitulah kami. Pernah kereta kami dengan muatan 10 orang ni melalui roadblock.

Pegawai p0lis tu tanya ayah, “anak ke semua ni?”. “Ya”, jawab ayah. Ada keraguan di wajah pegawai tersebut. Dia tanya pula pada kami yang beramai di tempat duduk belakang, “betul ke ni ayah kamu?”.

Kami angguk. “Ok, bukan apa, sekarang ni banyak kes seludup budak-budak. Buat jadi pengemis. Baiklah, hati-hati di jalan raya encik”, kata pegawai tersebut. Tersenyum saya mengenangkannya.

Kami adik beradik badan kecil-kecil macam mak. Itu yang muat je kereta tu. Tapi tetap sempit! Bertahun juga kami macam tu. Selalu kami bergaduh, iya lah sempit kut + panas lagi.

Semua jadi serba tak kena. Bila bergaduh, ayah akan berhentikan kereta di tepi jalan. Ayah cakap, “siapa yang nak lapang sangat keluar! Kat luar tu lapang”. Haha. Diam membeku terus kami.

Memang masa tu kami marah, kenapa ayah tak beli je kereta besar sikit? Ayah bukan rasa pun sempit macam mana kami rasa, ayah bukan rasa pun macam mana panasnya kami kat belakang ni, ayah tak faham.

Sebenarnya, kami yang tak faham. Ingat beli kereta tu macam beli gula-gula ya? Ayah pernah je beli sebuah mpv supaya kami tak lagi berhimpit. Tapi cuma 2, 3 tahun je, ayah jual semula mpv tu sebab komitmen semakin tinggi.

Berhimpit semula kami dalam kereta wira tu. Masa saya geram sangat, kenapa ayah jual mpv tu. Ya, saya belum faham. Bila kami semakin membesar (lelaki pula ramai), memang tak boleh nak masuk dah semua dalam kereta tu.

Jarang dah kami dapat keluar berjalan sekali semua. Bila nak balik raya, 3 orang yang paling besar ayah akan hantar naik bas atau komuter, yang lain naik kereta, nanti kami jumpa semula kat kampung.

Ada satu iklan raya (kalau pernah tengok) yang sama situasi macam keluarga saya balik kampung ni, tapi kereta mak ayah dia orang kemlangan.

Terkenang sungguh bila tengok iklan tu, bersyukur kami masih punya mak ayah walau hidup seadanya. Bila kami dah besar ni semua teruja kumpul duit sendiri nak ambil lesen kereta (sebab taknak berhimpit lagi).

Ayah pun dah ada duit lebih sikit, dia beli satu lagi kereta ‘2nd hand’. Muatlah kami 5 orang satu kereta. Satu kereta ayah bawa, satu lagi kami bawa. Gembira sungguh kami walau hanya kereta nasional ‘2nd hand’.

2) Jalan ramai-ramai.

Biasa kalau kami keluar satu family, tugas MESTI ayah saya adalah kira bilangan anak-anak beliau cukup ke tak. Biasanya ayah akan kira dekat tempat yang berpotensi untuk kami tertinggal atau hilang haha.

Contohnya dalam lift, atas eskalator, lepas semua masuk dan keluar kereta, masa pilih baju raya dan seumpamanya. Orang luar yang tengok senyum je dengan gelagat ayah. Kadang-kadang lucu bila ingat balik.

Walaupun begitu, tragedi adik-adik saya hilang tetap terjadi. Sebab ada juga masa yang terlepas pandang. Biasa yang hilang ni adik saya yang sama je sebab memang jenis nakal dan tak takut orang.

Tapi ayah saya ni jenis tenang, ada sekali adik saya hilang kat shopping mall, ayah cari lah tak jumpa, mak dah panik, ayah kata, takpa nanti ada lah tu pengumuman budak hilang. Haha aduhai.

Dulu boleh lah kot, kalau zaman sekarang, mungkin dah terjual 0rgan adik saya tu. Nauzubillah. Lepas kami yang atas-atas ni dah besar sikit, masing-masing kalau jalan pegang tangan adik-adik.

Jadi, dah jarang sangat berlaku adik-adik saya hilang. Tapi malang kan tak berbau, sedang asyik mak saya membeli belah tiba-tiba ada pengumuman budak hilang. Dijumpai oleh staf pasar raya.

Masa tu, mak spontan cakap, “hah anak siapa lah tu hilang?”, memang dia dah lama tak rasa hilang anak. Sekali lepas 3 minit macam tu, mak tanya, “eh eh jap jap Iqbal (adik aku) mana?”

Ha sudah. Yang ‘announcement’ tadi tu? Iqbal lah! Hahaha anak dia sendiri yang hilang rupanya. Aduhai mak saya pun. Haha. Biasa kalau jalan ramai-ramai ni ada saja mata-mata yang memandang, seolah bertanya; anak beranak ke ramai-ramai ni?

Lagi pula, mak ayah saya awet muda. Ya kenyataan. Bila semua makin besar, nampak kami 10 orang ni macam adik beradik.

Pernah juga orang tanya saya, ni suami ke? (Merujuk pada ayah saya). Haa sudah. Kalau ada orang tanya ayah, anak ke semua ni? ayah jawab haah.

Kalau orang yang tanya tu soal lagi sekali, ayah akan jawab, tak lah anak buah. Haha. Kita orang senyum je sebab memang dah hafal skrip ayah tu.

Tak kurang juga ada yang tanya, ramai-ramai ni kembar ke? Jawapan ayah, haah kembar lain-lain tahun.

3) Apa yang kita minta, tak semua mesti dipenuhi.

Masa saya sekolah rendah, ada kawan saya cerita kalau dia pergi pasar raya dengan family, apa yang dia nak, ambil je masuk dalam troli.

Saya macam wah bestnya mak ayah dia tak kisah pun nak beli apa-apa. Sebab kami kalau nak beli kena tanya dulu, boleh tak nak ni? Tu pun minta sebatang lolipop belum tentu mak ayah kami bagi.

Pernah beberapa kali adik-adik saya guling-guling atas lantai pasar raya sebab tak dapat permainan yang mereka nak.

Konon nak tunjuk protes, menangis bagai nak rak kasut. Macam kena d3ra lagaknya. Bila kejadian ni berlaku, ayah akan pergi je tinggalkan mereka. Ayah kata, “dah-dah jom, biarkan dia”.

Kalau orang tanya kenapa, ayah jawab “entah, tak tau anak siapa tah”. Haha. Hati kena cukup keras. Mak selalu cair kalau ayah takda waktu insiden macam ni berlaku. Ayah cakap pada mak, “kalau awak tewas kali ini, susah dah untuk menang kali yang seterusnya.

Sebab nanti dia akan buat lagi sebab dia tahu dia boleh menang dengan cara meng4muk begitu”. Mesti ada yang rasa macam k3jam kan.

Budak-budak kot, kesian, belikan jelah. Cuba bayangkan kalau sorang minta dan dapat, lepas tu adik beradik yang lain tu tengok je ke? Tak perlu belikan sekali? Bukankah itu lebih k3jam dan tak adil. Belikan untuk semua? Cukup ke duit? Kalau anak seorang dua takpa, ni ramai.

Sebab tu ayah buat macam tu. Ayah punya cara yang tersendiri. Bila masing-masing makin besar, semua makin faham, dan dah jarang meminta.

Sebab penat je nangis bukat dapat pun. Haha. Walau bagaimanapun, ins1den berguling atas lantai pasar raya masih berlaku silih tahun berganti. Iya lah, selang tahun akan ada ‘si kecil’ yang masih belum memahami. Ayah macam biasa, biarkan.

Perhati dari jauh saja. Nanti dia sendiri berhenti menangis, dan cari mak ayah saya semula. Tapi, ini tak bermakna mak ayah saya tak belikan kami apa-apa langsung. Keperluan kami masih cukup semua.

Cuma kalau barang kehendak, selalunya ayah akan letak syarat untuk kami dapatkannya. Contohnya, kalau nak ‘ni’ kena hafal ayat lazim, kalau nak ‘tu’ kena tak tidur selepas subuh dan sebagainya.

Paling kurang pun ayah hanya sediakan ‘pancing’, kami perlu ‘umpan’ sendiri. Berdikari. Lama kelamaan semua akan faham, bahawa tak semua kehendak kita perlu dipenuhi.

Kadang-kadang perlu usaha. Berdikari. Bila kami dah besar, dah ada kudrat sendiri, semua pandai-pandai cari kerja sendiri untuk memenuhi kehendak diri, walau belum habis spm.

Kami pegang bahawa kalau hendak kan sesuatu, kena usaha. Jangan hanya meminta. Rasa lebih puas dan lebih bernilai perolehi sesuatu dengan usaha sendiri sebab kita tau susahnya untuk nak mendapatkannya. Tak sama rasa dengan sesuatu yang orang bagi, kita kurang hargai.

4) Yang murah tak semestinya ‘murah’.

Tiba2 je ayah bawa balik mainan. Banyak. Beli kat mana? Kedai RM2. Best, semua orang dapat. Begitulah cara ayah. Cukup untuk menggembirakan kami adik beradik walau jangka hayat mainan tu hanya seminggu dua.

Ayah dah kaji siap-siap, beli mainan mahal hancur, beli yang murah pun hancur juga (sebab semua lasak). Ada pula mainan murah yang setara kualiti mainan mahal.

Lebih baik beli yang murah. Nanti-nanti kalau nak beli lagi tak lah terkilan sangat. Sama juga macam jajan, pun beli kat kedai saka ni. Sesekali bila dapat tu ya Allah gembira sungguh.

Berebut-rebut masing-masing. Hujung minggu pula, ayah akan bawa kami ke taman rekreasi awam. Percuma. Berlari, turun naik gelongsor dah cukup gembira buat kami.

Kalau cuti panjang, ayah bawa kami ke pantai atau sungai. Juga percuma. Tak perlu sampai ke taman tema untuk beri kami senyuman. Sampai sekarang kebahagian percuma ni yang kami cari.

Ayah juga orang yang berteraskan ‘DIY’ Do It Yourself. Ayah sedaya upaya akan buat sendiri berbanding memanggil tukang. Peti ais rosak ayah betulkan. Mesin basuh tak bergerak, ayah gerakkan semula.

Penapis minuman ayah servis sendiri. Kerusi patah, ayah tampal kayu baharu. Kipas perlahan, ayah tahu lajukan semula. Ayah ‘terpaksa’ belajar dan ambil tahu, supaya ada sedikit wang boleh dijimatkan.

Mana tidaknya, semakin ramai penggunanya, semakin kerap barang-barang begini rosak. Selagi cukup keperluan untuk bertukang, ayah akan buat sendiri.

Jarang baiki kerosakan barangan rumah di kedai, melainkan memang tiada pilihan. Dan kerja-kerja ini semua pembantunya adik-adik saya lah.

Mereka kan lelaki semua. Ayah memang libatkan mereka sejak kecil walau sekadar minta ambilkan tukul besi. Ayah nak anak-anak dia tahu kerja-kerja lelaki.

Bila kami dah besar, kami mampu menilai berbaloi tak berbaloinya sesuatu tu untuk dibeli. Kalau boleh ‘buat’ sendiri, kami pilih buat sendiri.

Paling tak boleh percaya, kereta, motor pun kami simen dan cat sendiri. Punya gigih gosok kereta guna kertas pasir, sembur cat tin sebotol-sebotol. Sampai cram tangan. Cantik lah juga kejadiannya daripada kereta tu lusuh sebelumnya. Kami gembira sekadarnya.

5) Rasa cukup.

Betul lah kata orang, anak ramai ni rezeki. Masa kami kecil dulu, ayah kerja kilang gaji dalam 1k-2k. Kalau kira pada matem4tik memang tak cukup.

Mana dengan nak bayar kereta, sewa rumah, yuran sekolah kami adik- beradik, keperluan-keperluan lain. Tapi kami masih cukup makan. Walau tak mewah.

Ayah pernah sebut pada saya, lepas dia bayar semua perbelanjaan wajib, mesti ada je lebihan duit untuk kami makan walaupun pada kiraan hakikinya siap defisit lagi.

Ayah kata Allah yang cukupkan, kita syukur sahaja. Kata ayah, biar sikit tapi berkat. Berkat tu yang membawa kepada rasa ‘cukup’.

Rezeki kita ni memang Allah dah susun, tiba-tiba je jiran datang bagi makanan, tiba-tiba menang pertandingan, tiba-tiba orang ajak datang rumah makan, tiba-tiba orang nak bayar mak ajarkan mengaji, tiba-tiba orang bagi hadiah, kereta tak banyak ragam, tiba-tiba anak dapat tawaran belajar percuma dan sebagainya.

Dan selalu juga orang-orang yang baru kenal kalau tanya ayah saya anak berapa? “8 orang”. “Haa ambik lah ni sikit belanja anak-anak”.

Rezeki yang tak disangka-sangka ni lah yang mencukupkan. Allah yang atur. Ayah cakap, “jangan merungut walau makanan kita hari ini hanya roti sekeping sorang. Orang di Afrika tu makanan pun tiada”.

Saya betul-betul nampak yang rezeki bukan pada berapa banyak duit yang kita ada, tapi berapa banyak syukur yang kita beri. Allah tambah lagi.

Kami belajar untuk tidak merungut bila susah, ayah selalu ajar untuk tenang. Biasakan diri bersedekah ketika susah. Setiap masalah ada penyelesaian dan selalu ingat, Allah ada bantu kita.

Pengakhirannya, tipu lah kalau keluarga saya tak pernah diuji hebat. Banyak kepala, banyak lah ragamnya. Ada juga masa kami bergaduh besar.

Ada juga masa yang sangat sukar untuk kami tempuh. Ada juga masa hidup kami dijengkel orang. Mak ayah saya dikatakan tahu beranak je, tapi tak pandai jaga.

Begitulah pelayaran sebuah kehidupan. Tak semuanya indah, kerna ada juga sisi buruk yang tak hendak saya ceritakan.

Bukan itu matlamatnya. Kadang- kadang apa yang kita tak suka itu lah yang sebenarnya terbaik untuk kita. Kami gembira dengan cara kami sendiri.

Begitulah corat coret keluarga saya. Maaf kalau terlalu panjang sebab saya teruja mengenangkan semula. Lain orang lain cerita. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang lebih ramai bilangan adik beradiknya.

Pasti lebih menarik kisah mereka. Kongsikan lah, besar hati untuk saya dengarkan. Semoga Allah merahm4ti kedua orang tua kita yang telah bersusah payah membesarkan kita.

Syurga buat mereka. Doakan mak ayah saya dipanjangkan umur dan sihat selalu ya. InshaaAllah. – Kak Long (Bukan nama sebenar)

Reaksi warganet

Sumaiyah rasidi – Adk bradik sy 10 org tolak 2 men1nggal, tgl 8..msa kcil mmg nmpk ramai, bderet je tp bila masing2 dh besar ni x nmpk plak ramainya.. hahaha.. tapi kami smua mmbesar dgn emak sja walau ayah masih ada (ayah ada isteri kedua dan tgl d sabah)..msa tu arwah mak tngkus lumus besarkan ank2 kcil ni..

bila sy jd mak plak, ank bru 2 tp stress lain mcm, dan2 teringat aruwah mak bela ank 8 org dgn kudrat seorg, kuatnya arwah mak ..ya, hdup kami kcil2 pun susah, jual nasi lemak keliling kampung tpi alhamdulillah, adk bradik smua mmbesar ada khdpn lbh baik dr zmn kcil dlu..

Hayaty rais – Exactly like us.. Kami 7org adik beradik, 6org ppuan n 1org lelaki.. Ms kecil mmg bahagia dgn adik beradik yg ramai, nk main x payah cr kwn lain dah.

Lps aruwah mak men1nggal, bapa kawin lain n tmbh adik lg 7org (its okay sbb ms tu kitorg 3org dah masuk kolej, 2org sek menengah n dh menginjak remaja.

just 2org ja lg yg perlukan kasih syg n penjagaan rapi, 5thn n 2thn..). Guess what, skrg kami ada 14org adik beradik.

Anak2 kami pun ada yg sebaya dgn adik2 tp bila bapa sbg ketua keluarga berfungsi dgn baik, alhamdulillah permudahkan.. Bapa sy pun sama, apa2pun agama ttp no.1

Hafizah ibrahim – Lbh kurang cerita saya. Saya anak bongsu 9 beradik 6 lelaki 3 ppuan. Kami keluarga miskin sering dih1na dan dicemuh.

Kalau ada brg hilang ( zmn dulu makanan di pokoklah), maka abg2 saya dituduh. Sprt keluarga confessor, emak abah selalu dic4ci dgn kata2, pandai buat anak je. Namun, abah seorg yg hebat, rajin.

Bkn satu kerja yg dibuat untuk mencari rezeki. 4@5 kerja sehari selain kerja utamanya mengambil upah kerja kelapa. Setiap inci pokok pisang, pokok kelapa, pokok pinang, pokok rumbia dan nipah semua blh jadi sumber rezekinya.

Lauk pauk beliau turit turun ke laut sdiri. Rumah pun buat sdiri, kami hidup ala kadar shj. Abah mementingkan pelajaran selalu dia mengingatkan kami pelajaran shj dpt mengubah hidup

Sumber: IIUM

Continue Reading
Advertisement