Umum

“Ada MasaIah dgn Bngsa melayu ke” Tk cukup dengan itu, Ini kata2 kak Ogy buat Rizal

Masih belum reda isu wanita melakukan pertunjukan lawak yang didakwa menghlna lslam di sebuah kelab komedi di ibu kota, kini tular pula tentang pemilik kelab berkenaan menjadikan perkauman sebagai bahan jenakanya.

Ogy Persoal Motif Pemilik Kelab. Hal ini mendapat perhatian pelakon dan pengarah terkenal tanah air, Ogy Ahmad Daud, di mana dia berkongsi sebuah video yang memaparkan pemilik kelab komedi yang dikenali sebagai Rizal Van Geyzel membuat persembahan di kelabnya.

Menerusi klip video yang dikongsikan Ogy di Instagram-nya, Rizal membuat persembahan dalam bahasa tamil dengan menjadikan topik kaum melayu sebagai bahan lawak jenaka.

“Tahu Tak kenapa saya buat persembahan dalam bahasa tamil?”

“Sebab saya suka perli orang melayu”

“Saya boleh buat persembahan dalam bahasa inggeris tapi itu pun mereka tak boleh faham” Ucapnya.

Melihat entri yang ditulis Ogy pula, pengarah dan pelakon ini mempersoalkan tindakan pemilik kelab mengunakan topik perkauman sebagai bahan jenakanya.

“You ada masalah dengan bangsa melayu ke Rizal?” Coretnya.

Netizen Banjiri Ruangan Komen
Muatnaik yang dikongsikan Ogy mendapat perhatian warganet di media sosialnya, rata-rata ramai yang mengecam tindakan pemilik kelab tersebut yang menjadikan perkauman sebagai bahan lawak jenaka dan menyokong kelab berkenaan ditutup terus.

“Kalau dia ada masalah dengan melayu maka dia ada masalah juga dengan mak dia, pasal mak dia pun melayu”

“Jujur bagi saya.. Kelab komedi tak perlu ada”

“Eh lawak sampah lah. Tak suka orang melayu boleh berambus dari Malaysia” komen warganet.

“Anak seni yang rosak.. Merosakkan akhlak.. Rancangan macam ni tak perlu ada”

“Memang patut kelab ni ditutup”

“Memang lawak tu ada macam-macam jenis. Tapi ikut lah budaya sesuatu negara tu. Ni Malaysia, negara yang penuh dengan adab” komen mereka.

Sekadar info, pihak berkuasa tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung operasi kelab tersebut buat sementara waktu.

Sumber : Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Continue Reading
Advertisement